Klopp Mahu Pastikan Liverpool Terus Berada Di Kedudukan Teratas EPL

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada pesaing utamanya bahawa Liverpool tidak berminat untuk menamatkan saingan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim ini.

Ketika ini, Liverpool menyertai kelompok pendahulu liga dengan Chelsea dan penyandang juara, Manchester City masing-masing mengumpul 20 mata selepas menempuh lapan perlawanan.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1050452944070561792

Skuad bimbingan Klopp nampak bersedia melancarkan perang merebut trofi liga, selepas gagal melakukannya pada musim lalu.

City menamatkan saingan 10 mata berbanding pencabar terdekat musim lalu, manakala Liverpool di tangga kedua, dengan ketinggalan 25 mata.

Klopp meraikan tiga tahun mengemudi Liverpool minggu ini dan pengendali dari Jerman itu menegaskan, beliau bukannya bersaing untuk merebut tangga kedua.

“Dalam kebanyakkan sukan, jika berada di tangga kedua di Sukan Olimpik, anda akan pulang dengan pingat perak,” kata Klopp.

“Dalam bola sepak, ia langsung tiada makna. Begitu juga dengan saya. Saya mahu menang dan saya tahu, ini adalah satu tanggungjawab.

“Saya mempertaruhkan semuanya, pengetahuan, kesabaran, perasaan, pengalaman saya letakkan semua itu untuk kelab. Pada suatu ketika, ia sepatutnya berjalan lancar dan kini, kami sepatutnya memiliki detik terbaik.

Chelsea pula mengejutkan perlumbaan merebut gelaran musim ini dengan bos baharu, Maurizio Sarri dilihat berjaya menyuntik magis ke atas skuad bimbingannya.

City pula dlihat tidak begitu berjaya memulakan kempen menakjubkan seperti musim lalu, dan ramai pemerhati melihat Chelsea dan Liverpool mampu muncul pencabar utama dan merosakkan impian skuad juara bertahan itu.

Saingan Liga Perdana ditangguhkan sementara sehingga 20 Oktober ini sempena musim rehat antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN