Klopp Mahu Berehat Setahun

Pengendali Liverpool, Jürgen Klopp berkata beliau akan berehat selama setahun untuk mengembalikan tenaga sebagai jurulatih sekiranya mengambil keputusan meninggalkan Liverpool.

Klopp menyertai kelab Merseyside itu pada 2015, dan mempunyai kontrak sehingga 2022. Ketika bercakap kepada majalah Kicker di Jerman, beliau berkata:

“Saya mempunyai banyak tenaga. Tetapi saya mempunyai satu masalah. Saya tidak boleh melakukan [kejurulatihan] secara sedikit. Saya hanya boleh memberikan segalanya, atau tiada langsung.

“Apabila saya merasakan tidak dapat meneruskannya lagi, saya akan berehat selama setahun.

Klopp menyertai Liverpool selepas melalui tempoh yang berjaya bersama Borussia Dortmund. Di Jerman, Klopp membantu kelab tersebut menjuarai dua kejuaraan Bundesliga dan satu kejuaraan Piala Jerman.

Beliau juga berjaya membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir UEFA Champions League pada 2013.

Kini berusia 52 tahun, Klopp pernah bercuti pendek selepas meninggalkan Dortmund, dan sebelum mengemudi Liverpool pada Oktober 2015. Mengenai perancangan beliau untuk bercuti sekali lagi, ini apa yang Klopp katakan:

“Selepas tahun [percutian] tersebut, saya harus membuat keputusan. Kemungkinan sangat tinggi saya kembali bertenaga dan saya boleh melakukan tugasan [kejurulatihan] seperti yang saya mahu lakukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN