Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu perlu memperbaiki aksi di tempat lawan jika mahu mengelakkan dari ‘bungkus’ awal dari saingan itu pada musim ini.
Pada musim lalu Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur di perlawanan akhir, namun tewas semua perlawanan peringkat kumpulan di tempat lawan.
Juara enam kali eropah itu turut tewas perlawanan di San Paolo ketika berhadapan Napoli pada musim ini.
Liverpool boss Jurgen Klopp says his side must improve their awful away form in the Champions League ahead of tonight’s tie at Genk.https://t.co/PRWnmYcu0s#LFC #ChampionsLeague #GENLIV
— clubcall (@clubcall) October 23, 2019
Liverpool kini menduduki tangga kedua Kumpulan E, dan akan ke Belgium untuk berhadapan Genk pada awal pagi esok (waktu Malaysia).
“Tahun lepas kami bernasib baik kerana peringkat kumpulan sangat sengit, dan kami tewas semua tiga perlawanan di tempat lawan, tetapi masih mampu mara,” ujar Klopp.
“Ia [nasib baik] tidak akan berulang lagi pada musim ini. Ia [saingan] adalah berbeza.
“Kami sedar [rekod] apa yang kami lakukan [aksi di tempat lawan] tidak berapa baik, tetapi secara keseluruhan kempen kami di UCL masih sangat bagus.
Jürgen Klopp has detailed the tough test that awaits us in Genk on Wednesday evening ?
— Liverpool FC (@LFC) October 22, 2019
“Kami mampu melakukan perkara yang betul pada masa yang tepat, dan tidak bergantung kepada perkara lain. Kami tahu kami perlu memperbaiki [kemampuan], dan terus mencuba sehingga ianya berjaya.”
Liverpool kini mengumpul tiga mata dari dua perlawanan selepas menewaskan Red Bull Salzburg dalam perlawanan pembukaan UCL di Anfield.
Juara bertahan itu turut diperkuakan kembali oleh Mohamed Salah yang sah cergas selepas kecederaan buku lali sebelum minggu perlawanan antarabangsa.
Bagaimanapun Liverpool akan berhadapan Genk tanpa Trent Alexander-Arnold (selsema) dan Joel Matip (kecederaan lutut). Kedua-dua pemain akan kekal di Merseyside.
Ia bukan masalah buat Klopp kerana mempunyai pemain seperti Joe Gomez untuk mengisi kekosongan Alexander-Arnold, dan juga Dejan Lovren yang akan digandingkan dengan pemain pertahanan yang dicalonkan untuk anugerah Ballon d’Or, Virgil Van Dijk.