Klopp Lega Tekanan Melampau Hilang Selepas Liverpool Kalahkan Everton

Liverpool

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang dirinya berasa lega selepas The Reds berjaya mendapatkan tiga mata menentang Everton pagi tadi.

Dalam aksi penting Mersyeside Derby, Klopp berhasil mendapatkan tiga mata untuk membolehkan Liverpool meneruskan perjuangan bagi memburu kedudukan dalam zon bola sepak Eropah.

Gol daripada Mohamed Salah dan Cody Gakpo berjaya menafikan Everton untuk cuba mendapatkan kemenangan di Anfield setelah banyak kali mencuba.

Bercakap kepada media wartawan selepas tamat perlawanan, Klopp berasakan kemenangan ini adalah hak yang sepatutnya diperoleh kesemua penyokong The Reds yang sentiasa bersama mereka terutamanya ketika waktu sukar.

“Lega! Itulah perasaan utama selepas wisel penamat ditiupkan. Gembira dengan persembahan [pasukan]. Adalah penting untuk malam ini kita beraksi dengan cara yang kita mahukan dan bukannya apa yang Everton kehendak,” kata Klopp menerusi laman rasmi Liverpool.

Tambah Klopp lagi, kemenangan semalam bertunjangkan kepada kejayaan Liverpool mengurangkan situasi bola mati yang amat digemari skuad Sean Dyche.

“Saya boleh katakan yang mereka tidak mempunya jumlah situasi bola mati yang tinggi. Jadi, untuk menunjukkan tahap agresif yang tinggi tanpa terlalu keras permainannya kerana jika ada situasi bola mati, ianya akan menjadi kelebihan utama buat mereka. Jadi, saya rasakan yang pasukan saya beraksi dengan baik dalam perkara tersebut.

“Keseluruhannya, kami beraksi dengan sangat dominan, menukar arah permainan, menggerakan bola serta berlari,” ujar Klopp lagi.

Kemenangan ini dilihat amat penting buat Liverpool untuk mendapatkan suntikan moral berdepan Real Madrid dalam aksi UEFA Champions League selepas perlawan bertemu Newscastle United dalam aksi liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN