Jurgen Klopp memberitahu bahawa meminta pasukannya menerima kekalahan tersebut dan ‘move on’. Dan pengendali Liverpool itu menyatakan bahawa pasukannya memang patut kalah.
Dalam aksi EPL semalam, Liverpool dikejutkan dengan kekalahan 3-0 di tangan Watford dalam aksi di Vicarage Road.
Dua gol daripada Ismaila Sarr dan satu gol oleh Troy Deeney menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah Liverpool.
Kekalahan ini juga menamatkan impian mereka untuk menamatkan musim liga menyamai rekod Arsenal pada 2003/04 sebagai pasukan ‘Invincible’.
Namun begitu The Reds masih terlalu jauh untuk dikejar mana mana pasukan. Dan mereka masih lagi pilihan untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga 30 tahun.
Dalam sidang media beliau, Klopp berkata: “Watford melakukan apa yang mereka mahu lakukan. Dan kita pula gagal. Inilah bagaimana bola sepak berlaku.”
“Separuh masa pertama sangat sukar. Kita kalah dalam bola kedua banyak kali.”
“Kita berlari ke sana dan sini, kita menguasai banyak bola namun gagal berada dalam posisi terbaik untuk melakukan hantaran lintang – berhadapan dengan pasukan yang sangat sangat bagus serta dipersiapkan sebaiknya untuk perlawanan ini.”
“Anda harus menerima keputusan ini. Ianya bukan mudah. Namun ianya bukti bahawa kita tak cukup bagus malam ini. Perlawanan ini sangat sukar. Jadi kita kena terima keputusan.”
“Dalam perlawanan bola sepak kamu kena melawan. Dan dalam kedudukan 3-0 di belakang, kami masih mencuba. Tiada seorang pun pemain kami yang ‘koyak’ kemudian cuba menyepak pemain lain.”
“Jika kamu memang dengan baik, jadi, sila kalah dengan cara yang sebaiknya dan kalah seperti seorang lelaki.”