Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang beliau masih perlukan pemain baharu untuk kuatkan pasukan serta mencabar kejuaraan musim ini.
Liverpool ketika ini sedang bergelut di zon pertengahan liga sambil sudah tersingkir dalam saingan EFL Cup walaupun masih ada peluang meraih FA Cup dan UEFA Champions League.
Perubahan dalam skuad amat diperlukan Liverpool dan Klopp mengakui ianya memerlukan masa kerana The Reds bukanlah pasukan yang sekaya Chelsea.
Jika Liverpool sekaya Chelsea, mungkin Klopp boleh berikan kejayaan segera tetapi hakikatnya tidak. Oleh itu, Klopp amat perlukan amat untuk bina semula skuadnya yang kini dianggap berusia.
“Ini adalah sebab mengapa saya terima kontrak baharu, kerana saya tahu ianya perlu [membina semula pasukan].
“Ianya tidak akan berlaku dengan singkat, saya bukanlah ahli sihir yang sentiasa boleh berikan keajaiban,” kata Klopp menerusi This Is Anfield.
Bagi Klopp, setiap pasukan beroperasi dengan cara yang berbeza dan itu juga terpakai kepada kelab yang mempunyai perbezaan dari segi nilai kewangan.
“Jelas sekali, ada pelbagai cara untuk melakukannya, tetapi ianya bergantung kepada situasi yang kita berada.
“Terutamanya sekali dengan keadaan yang berlaku sekarang ini, Chelsea dengan pemilikan baharu, tak ada siapa tahu bagaimana mereka melakukannya, bagaimana mereka boleh belanja duit sebanyak ini.
“Proses transisi ini mengambil masa jika kita tidak mempunyai banyak wang, jika tidak anda pasti boleh lakukan perubahan secepat mungkin dengan membawa masuk 10 pemain baharu,” ujar Klopp panjang lebar.