Klopp: Enggan Divaksin Ini Bahayanya Seperti Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Jurgen Klopp Vaksin

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan sikap sebahagian pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang enggan menerima suntikan vaksin adalah diibaratkan seperti memandu dalam keadaan mabuk.

Keadaan tersebut bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut berisiko membahayakan nyawa insan yang tidak bersalah di atas jalanraya.

Jurulatih warga Jerman itu menegaskan keputusannya untuk menerima vaksin bukan semata-mata mahu melindungi dirinya, tetapi juga orang di sekelilingnya.

Tambah Klopp lagi, 99 peratus pemain Liverpool telah pun divaksinasi meskipun beliau tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukannya.

“Jika saya kata yang saya telah divaksin, orang lain akan persoalkan ‘Kenapa saya juga perlu divaksin?’ Jawapan saya, iIa ibarat memandu dalam keadaan mabuk,” tambahnya.

“Kita mungkin dalam situasi di mana kita minum satu atau dua cawan arak dan merasakan kita masih boleh memandu, tetapi mengikut undang-undang kita tidak dibenarkan, jadi kita jangan memandu.

“Undang-undang itu bukannya semata-mata mahu melindungi saya bola saya minum arak dan mahu memandu, tetapi ia dibuat untuk melindungi orang lain di atas jalanraya, jadi sebab itu kita tidak boleh memandu.

“Saya mendapatkan vaksin bukan hanya saya fikirkan diri tetapi lebih itu adalah mengenai orang lain di sekeliling saya. Jika saya dijangkiti [Covid-19] dan sakit disebabkannya, itu saya akan tanggung. Tetapi bagaimana jika saya dijangkiti dan kemudian sebarkan kepada orang lain?

Pihak Premier League sebelum ini melaporkan hanya tujuh buah kelab dari kalangan 20 pasukan bertanding telah berjaya memberikan vaksin kepada pemain sekurang-kurangnya separuh dari anggota skuad mereka.

Tiga buah kelab lagi gagal berbuat demikian apabila hanya merekodkan kurang 10% pemain yang menerima vaksinasi.

Newcastle United adalah antara pasukan di mana majoriti pemain belum lagi menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19. Leeds United, Wolverhampton Wanderers, Southampton dan Brentford pula merekodkan 90% daripada anggota skuad mereka telah melengkapkan dos minima masing-masing.

Antara punca utama kenapa ada dalam kalangan pemain yang enggan menerima vaksin kerana terlampau percaya kepada teori konspirasi dan apa sahaja yang ditulis di media sosial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN