Klopp Dedahkan Teknik Jaringan Gol Mohamed Salah Tiada Dalam Data ‘Scouting’

Ketika Liverpool membeli Mohamed Salah daripada AS Roma, sebenarnya Salah dibawa masuk untuk menambahkan kekuatan di bahagian sisi dengan kelajuan beliau.

Namun pemain Mesir ini telah menjadi penjaring luar biasa yang menyamai gol seorang no.9. Mohamed Salah menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan lebih 20 gol selepas era Suarez-Sturridge (SAS) sebelum ini.

Salah turut menjaringkan 17 gol dalam liga daripada 21 perlawanan. Beliau menyamaai rekod yang dipegang Roger Hunt pada 1961/62 untuk menjaringkan 23 gol sebelum tahun baru.

Liverpool’s Mohamed Salah celebrates scoring his side’s second goal during the Premier League match at Anfield, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Jurgen Klopp berkata kepada media:

“Rekod beliau luar biasa begitu juga dengan gol beliau. Kalau boleh saya nak tunjukkan kepada anda rakaman yang ‘scouting’ kami analisis dalam permainan beliau ketika di AS Roma.”

“Gol seperti gol kedua ketika menentang Leicester itu tiada dalam data kami, beliau sangat kuat secara fizikal.”

“Penyerang ini dalam prestasi terbaik tahu walaupun mereka gagal menyempurnakan peluang, mereka tahu akan datang lagi peluang yang lain.”

Mohamed Salah dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Burnley kerana masalah kecergasan.

“Sebenarnya kami mahukan pemain tengah serangan yang berkaki kiri dengan sifat sangat ofensif. Jelas sekali beliau banyak membantu kami dan membuatkan kami lebih sukar dijangka dengan sistem yang berbeza.”

“Salah boleh bermain sebagai penyerang kedua, no.10, sama juga dengan Mane. Beliau boleh bermain di mana-mana sisi sayap dan juga sebagai no.8. Sama juga dengan Coutinho dan Firmino.”

“Kami ada beberapa pilihan sistem dan beliau boleh bermain di mana yang beliau selesa. Beliau bermain lebih ‘advance’ daripada penyerang kedua untuk memberikan masalah kepada pertahanan lawan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN