Jurgen Klopp menganggap VAR sebagai penuh dengan masalah. Ianya terbukti ketika gol Marcus Rashford. Sebelum gol tersebut, Victor Lindelof telah mengasari Divock Origi.
Pengadil, Martin Atkinson merujuk kepada pegawai VAR untuk mengesahkan gol tersebut. Dan ianya diberikan kepada Man United.
Jurgen Klopp ternyata tak berpuas hati dengan VAR.
“[Pada] separuh masa kedua, kami memiliki beberapa detik-detik yang baik. Saya tidak suka dengan separuh pertama.”
“Kami memberi peluang kepada United untuk melakukan apa yang mereka mahu lakukan, membiarkan mereka agresif dan melakukan cabaran di mana-mana.”
“Mereka lebih baik daripada kami, mereka bertahan dengan dengan baik. Namun, apabila United menjaringkan gol pembukaan. Itu yang menunjukkan semua masalah dengan VAR.”
“Atkinson membenarkan permainan untuk terus berjalan kerana saya yakin beliau berpendapat bahawa VAR akan menunjukkan jika ada kesalahan.”
"In the end, they scored a goal that shows all the problems with VAR."#LFC manager Jurgen Klopp says his side deserved a point after 'everything went against' his side in their 1-1 draw with #MUFC in the Premier League. pic.twitter.com/Jy8Bld8cCi
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 20, 2019
“Terdapat satu pelanggaran, jelas seratus peratus ianya adalah kekasaran.”
“Kita tidak boleh mengubahnya tetapi secara amnya VAR ada masalah. Mereka mendapat ruang untuk berlari, dan akhirnya mereka menjaringkan gol.”
Namun begitu Klopp berpuas hati dengan persembahan para pemainnya pada separuh masa kedua. Adam Lallana menyamakan kedudukan pada minit ke-85.
“Keputusan yang kami capai adalah ok. Ini bukan yang kita mahukan sebelum sepak mula. Namun kita harus gembira dengan cara kita berkembang dalam perlawanan ini – ketika United mendahului dalam tempoh yang agak lama.”
“Sebahagian besar perkara hari ini tidak memihak kepada kami. Namun kami tetap tidak kalah, dan rasanya kami berhak mendapat mata daripada perlawanan ini.”
Klopp memuji para pemain simpanan beliau yang berjaya membantu memperbaiki keadaan untuk pasukanya.