Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada lawan mereka hujung minggu ini iaitu Tottenham Hotspur sebelum mereka bertemu pada Ahad.
Dalam sidang media pra-perlawanan, Klopp mengatakan Tottenham Hotspur sebagai pasukan yang berada di tahap kelas dunia.
Menjelang aksi penting pada Ahad ini, Klopp menjangkakan pasukannya akan berhadapan dengan tugas sukar kerana Tottenham Hotspur berada dalam prestasi terbaik mereka.
“Perlawanan terakhir yang dilalui oleh mereka adalah pada 3 minggu yang lalu, jadi mereka tidak langsung berasa sebarang kekalahan dalam tempoh tersebut.”
“Kita boleh jangkakan yang mereka akan hadir dengan pasukan yang terkuat kerana saya tidak ada dengar sebarang berita yang pemain mereka cedera atau apa-apa pun.”
“Isu kecederaan ada melanda mereka sebelum ini tetapi bukan sekarang, jadi kami akan berhadapan dengan pasukan berkelas dunia pada nanti.”
Dalam masa yang sama, Klopp turut memuji Mauricio Pochettino sebagai pengurus yang cukup berkaliber.
“Di negara seperti England yang cukup lazim dengan melakukan perpindahan pemain, adalah pelik jika pengurus tidak membeli pemain baharu.”
“Begitu banyak perkara positif boleh dikatakan jika bercakap mengenai Mauricio Pochettino, saya boleh katakan pasukannya cukup selesa dengan beliau.”
“Saya pasti beliau turut mahu menambah kekuatan pada skuadnya, tetapi dengan pemain yang ada agak sukar untuk mengetahui dimana perlu dilakukan penambahbaikan.”
Liverpool akan bertemu Tottenham Hotspur di Anfield pada hari Ahad jam 11.30 waktu Malaysia.