Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui hanya empat sahaja pemain beliau yang sedikit berfungsi ketika aksi kekalahan 4-1 bertemu Manchester City malam semalam.
Empat pemain tersebut juga bukanlah dianggap bermain dengan sangat baik, dengan Klopp hanya menganggap mereka sedikit lebih baik sahaja berbanding pemain lain.
Liverpool berkunjung ke Etihad untuk aksi pertama mereka dalam saingan Premier League selepas berakhirnya rehat antarabangsa.
NEW: Jurgen Klopp names 4 players who were “OK” vs. Man City – and defends his subs https://t.co/YXm2mUXhUc
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 2, 2023
Selepas melalui musim yang sangat mengecewakan, The Reds jelas sekali turun ke Etihad dengan misi mahu mengutip tiga mata penuh agar mereka mampu untuk merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.
Mohamed Salah terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan tersebut, sebelum Julian Alvarez meledak gol penyamaan tidak lama selepas itu.
Walau City lebih dominan, namun The Reds cemerlang mempertahankan gawang mereka dari dirobek berkali-kali pada aksi babak pertama permainan.
Masuk aksi babak kedua, Man City sepertinya terlalu mudah untuk menjaringkan gol dengan mereka memperoleh tiga gol untuk mengesahkan kemenangan 4-1 menewaskan Liverpool.
Kevin de Bruyne, Ilkay Gundogan dan Jack Grealish masing-masing menjaringkan satu gol pada aksi babak kedua, seterusnya memastikan tiga mata penuh menjadi milik Man City.
"It's super difficult here, if not nearly impossible, to come back from a two-goal deficit." 🗣️
Liverpool manager Jurgen Klopp was disappointed after this side went down 4-1 at Man City despite taking the lead through Mo Salah ⬇️ pic.twitter.com/QNKEEQVrPa
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 1, 2023
Kekalahan itu menyebabkan Liverpool jatuh ke kedudukan kelapan dalam carta saingan liga dengan mereka kini semakin jauh dari kelompok empat teratas.
Dengan 11 perlawanan sahaja lagi sebelum berakhirnya saingan musim ini, sepertinya semakin sukar untuk The Reds bersaing layak ke saingan Champions League musim hadapan.
Liverpool juga gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan dari dua perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League dengan mereka sebelum ini tewas 1-0 di tangan Bournemouth.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga turut sudah tersingkir dari saingan Champions League dengan mereka gagal untuk mencatatkan sebarang kemenangan sejak kali terakhir menewaskan Manchester United 7-0 di Anfield.
Bercakap selepas tamat aksi kekalahan bertemu Man City, Klopp mendedahkan hanya empat sahaja anak buahnya yang bermain dengan sedikit baik berbanding pemain lain dalam perlawanan tersebut.
Jurgen Klopp said his Liverpool side were fortunate not to concede more goals in their 4-1 defeat to Man City 😳
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 1, 2023
“Kita ada sekitar empat orang pemain sahaja yang persembahan dia OK. dua pemain midfielder, Hendo (Jordan Henderson) dan Fab (Fabinho), mereka banyak buat kerja dan cuba untuk menutup segala ruang.”
Jelas Jurgen Klopp.
“Cody (Gakpo) terutama dari segi possession dan tentu saja Ali (Alisson).”
“Dan maka kerana itulah sangat jelas yang sukar untuk kamu dapatkan sesuatu dari sini, dan juga kamu sepatutnya mempunyai 14 ke 15 pemain yang sepatutnya berada di tahap persembahan terbaik mereka, tapi itu bukan isu utama.”
Ketika bercakap kepada BT Sport pula, Klopp mendedahkan bahawa:
“Saya rasa kita nampak pada aksi babak pertama yang mana kamu boleh agak itulah yang akan berlaku, Man City dominan dan sangat teratur, kita juga ada detik untuk kita.”
Jurgen Klopp slams Liverpool and claims just four players played 'okay' #LFC https://t.co/Rz2z2MciCo
— talkSPORT (@talkSPORT) April 2, 2023
“Kita bagi mereka banyak masalah dan jaringkan gol yang sangat cantik dan kita juga beberapa kali melakukan serangan balas namun kita sepatutnya boleh lakukan lebih baik lagi.”
“Ketika 1-1 pada rehat separuh masa, kamu boleh tunjukkan kepada pemain apa yang kita perlu lakukan dan di mana kita patut halang mereka.”
“Kawasan utama itu jelas, jika kamu gagal kawal dua pemain di kawasan nombor enam, kamu akan ada masalah, dan kamu akan lebih bermasalah jika kamu tak boleh kawal dua pemain yang bermain di kawasan nombor 10.”
“Kita bolos gol pertama itu dengan saya berfikir ia adalah open ball di kawasan midfield yang mana kita tak begitu mencabar di situ, dan kita bermain terlalu deep untuk menunggu melakukan serangan balas. Sangat hebat. 2-1.”
“3-1 kita nampak permainan terlalu memihak kepada satu belah sahaja, sepatutnya menang bola tapi kita bahkan langsung tak bagi cabaran.”
🆕 Jurgen Klopp names the four Liverpool players who were just 'okay' in Man City defeat
✍️ @TheoSquiresECHO https://t.co/XjX5JIserS
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 2, 2023
“Hal-hal macam ini tak sepatutnya berlaku. Tapi ia berlaku dan terus berlaku selepas itu… Wow! Kita hanya biarkan sahaja mereka melakukan apa yang mahu mereka lakukan. Kita sepatutnya bersyukur kerana mereka bukan dalam mood tamak.”
“Tentang itu, memang tak ada hal baik yang boleh dikatakan tentang perlawanan ini. Ini adalah perlawanan yang kita sesuai untuk guna malang sekali dan menjelaskan lagi kepada pemain hal yang mana yang tak sepatutnya dibiarkan berlaku.”
“Kita tak boleh tak bagi cabaran di kawasan kunci dan biarkan ia terdedah seperti itu. Sekarang saya berdiri di sini dan saya perlu jelaskan tentang itu tapi saya tak boleh jelaskannya.”
“Saya tak boleh ubah itu sekarang, di sini, saya hanya katakan apa saya lihat dan kami akan bincangkan hal itu esok. Benda ni berlaku terlalu kerap.”