Jurgen Klopp selaku Pengurus Liverpool mengesahkan khidmat penyerang dari Brazil iaitu Roberto Firmino masih ada dalam perancangan beliau di posisi serangan kelab musim ini.
Biarpun memasuki musim akhir bersama Liverpool, jelas Klopp pemain tersebut akan terus dikekalkan meskipun beberapa kelab dari Eropah sudah mengintai kelibat Firmino.
The boss is in no doubt regarding the significance of the role Roberto Firmino will play for us this season, lauding him as the ‘heart and soul’ of the team 🙌
— Liverpool FC (@LFC) July 28, 2022
“Bobby merupakan jiwa dan nadi utama pasukan. Sebab itu saya setakat saya sangat gembira apabila beliu berlatih bersama rakan kelab.
“Kualiti permainan beliau tidak wajar dipertikaikan lagi, Bobby akan terus menjadi pemain penting buat Liverpool seperti selalu,” jelas Klopp menerusi ESPN.
Pemain yang ditandatangani Liverpool pada tahun 2015 ini mula mencipta setelah berjaya meledak gol sulung buat kelab tersebut ketika mereka menewaskan Manchester City dengan keputusan 4-1.
Bersama Liverpool jelas Firmino telah mengecapi pelbagai kejayaan seperti juara Premier League musim 2019/2020, Champions League, serta beberapa lagi kejuaraan yang amat membanggakan.
Dalam masa sama, Klopp jelas masih bersedih setelah ketiadaan Sadio Mane yang memulakan karier baharu bersama Bayern Munich.
Namun beliau berasa lebih lega apabila Sadio memberitahu hasratnya lebih awal untuk meninggalkan Liverpool yang memberi ruang buat Klopp untuk mencari pengganti bersesuaian iaitu Darwin Nunez.
“Kami kehilangan Sadio yang menjadi tunjang kekuatan kelab sejak enam tahun lalu dalam kesebelasan utama. Dia beritahu kami untuk berhijrah demi mencari cabaran baharu.
“Sadio beritahu kami mengenai hasratnya lebih awal untuk meninggalkan kelab dan itu memberi masa buat kami untuk mencari pengganti beliau,” ulas Klopp.
Selain itu, Liverpool juga mengesahkan mereka bakal turun dalam perlawanan Community Shield ini untuk berdepan Manchester City tanpa kelibat Diogo Jota dan Allison Becker.
.@Alissonbecker will miss the FA Community Shield due to injury, Jürgen Klopp has confirmed.
— Liverpool FC (@LFC) July 28, 2022
Jota dikhabarkan mengalami kecederaan di bahagian peha ketika sesi latihan pra-musim baru-baru ini dan Klopp menyatakan tiada tarikh khusus untuk pemain tersebut kembali bersama pasukan.
Namun pengendali tersebut mungkin boleh menarik nafas lega sedikit setelah khidmat penjaga gol utama, Allison mungkin boleh beraksi dengan lebih awal.
“Allison sudah pun kembali bersama kami dalam sesi latihan. Kemungkinan besar beliau boleh bersedia untuk aksi menentang Fulham pada 6 Ogos ini.
“Namun untuk khidmat Diogo, kami masih belum boleh menggunakan khidmatnya kerana tiada kepastian bila pemain tersebut boleh kembali beraksi,” terang pengendali tersebut.
Musim lalu, Liverpool telah melepaskan takhta Kejuaraan liga kepada Manchester City dengan dibezakan satu mata sahaja, dan Klopp dengan serius mengatakan aksi minggu ini sangat penting.
Robbo to Firmino to Ox in TrueView is 🔥 pic.twitter.com/qeqser4eXz
— Liverpool FC (@LFC) February 2, 2020
“Ianya sangat penting. Ini sahaja kejuaraan domestik yang belum kami raih lagi setakat ini, jadi kami akan cuba dapatkannya.
“Jika kamu menang perlawanan ini, ia akan jadi trofi yang sangat penting. Tetapi jika tewas, kejohanan tersebut tidak lagi begitu memberi makna,” tambah Klopp dengan tersenyum lebar.