Juergen Klopp Akan Biarkan Coutinho Pergi Jika Barcelona Bida Lebih Awal

Juergen Klopp berkata bidaan Barcelona terhadap Philippe Coutinho tiba pada masa yang tidak kena, menyebabkan sukar untuk Liverpool melepaskan pemain tersebut.

Penyerang Brazil berusia 25 tahun ini telah menerima dua bidaan daripada Barcelona, kedua-duanya telah ditolak oleh kelab dari Merseyside itu.

(Photo by Alex Grimm/Bongarts/Getty Images for Audi

Dan menurut laporan media di Liverpool, ini telah mendorong Coutinho untuk menyerahkan surat permohonan berpindah pada Jumaat lalu untuk membenarkan dirinya meninggalkan Anfield.

Walaupun hasrat Coutinho sudah jelas untuk berpindah, Klopp dan juga pihak atasan FSG tetap bertegas tidak akan melepaskan Coutinho kepada Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

Klopp berpendapat Barcelona harus menyatakan minat mereka lebih awal jika mahukan Coutinho dan bukan ketika sepak mula musim baharu sudah hampir.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Saya terpaksa menjual ramai pemain sejak bergelar seorang pengurus. Ada di antara pemain memiliki klausa dan ada juga yang tidak memiliki klausa di dalam kontrak.”

“Saya juga pernah berhadapan dengan kes seperti Robert Lewandowski yang meninggalkan Borussia Dortmund untuk menyertai Bayern Munich secara percuma, dan ia adalah sukar sekali. Saya telah melalui banyak situasi,” ujar Klopp.

“Satu perkara yang saya boleh katakan mengenai saga perpindahan ini ialah ia tiba pada masa yang tidak kena.”

“Bagaimana kami mahu melakukannya? Jika mereka datang lebih awal, mungkin kami akan cuba melakukannya. Jika mereka menyatakan minat mereka lebih awal, maka kami punyai masa untuk menukar perancangan kami.”

“Anda tidak boleh datang secara tiba-tiba ketika sepak mula musim baharu akan bermula,” jelas Klopp lagi.

(Photo by Matteo Ciambelli/NurPhoto via Getty Images)

Liverpool sendiri telah melalui musim panas yang sukar apabila gagal mendapatkan Naby Keita dari RB Leipzig. Seperti Barcelona, Liverpool turut mempunyai 2 bidaan ditolak oleh kelab Bundesliga itu untuk mendapatkan pemain tengah tersebut.

Pada awal Jun lalu, Liverpool juga terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Southampton membuat aduan kepada Premier League akan cubaan kelab Merseyside itu untuk memancing Virgil van Dijk tanpa kebenaran pengurusan kelab.

(Photo by Boris Streubel/Getty Images)

Klopp berkata lagi:

“Kelab ini adalah lebih bersar dar mana-mana individu. Ini adalah perkara terpenting. Ia mengenai melakukan perkara yang betul, pada masa yang tepat. Itulah caranya jika kita mahu membawa pemain baharu masuk.”

“Tidak ada kelab yang akan mengetuk pintu pejabat lalu memberitahu: Kami ada pemain yang bagus. Adakah anda berminat untuk membeli pemain kami?”

Seperti yang saya katakan. Ia perlu dilakukan pada ketika yang tepat.

Sumber:

1. ESPN FC (2017): Klopp has issues with ‘timing’ of Coutinho’s Barca transfer request; http://www.espnfcasia.com/story/3177368/klopp-has-issues-with-timing-of-coutinhos-barca-transfer-request

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN