Klopp: “Ada Saya Kisah Dengan Apa Mourinho Katakan? Tidak!”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan yang beliau sedikit pun tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh pengurus Manchester United – Jose Mourinho.

Mourinho dikatakan sering mengeluarkan kenyataan mengenai Liverpool dan pengurus dari Jerman itu.

Bagi Klopp, beliau tidak mahu ambil pusing kenyataan yang diberikan oleh Mourinho dan sebaliknya terus fokus untuk mempersiapkan skuad Liverpool.

(Photo by Sascha Steinbach/Bongarts/Getty Images)

“Saya langsung tak kisah dengan apa yang dikatakan oleh Mourinho mengenai Liverpool.”

“Dan perlukah saya bercakap mengenai Manchester United? Tetapi ya, Mourinho sering bercakap mengenai Liverpool.”

Liverpool musim ini mempunyai transaksi bisnes yang sedikit perlahan berbanding pasukan-pasukan lain.

Mereka membeli pemain muda Dominic Solanke dan Andrew Robertson dan juga bekas pemain AS Roma iaitu Mohamed Salah.

Mourinho dikatakan sering berkata mengenai pasukan Liverpool serta cabaran yang bakal dihadapi mereka dalam saingan bola sepak Eropah pada musim hadapan.

“Kami sudah mempunyai musim yang dilalui Manchester United setahun sebelumnya. Saya tak pasti sama ada mereka ingat atau pun tidak.”

Liverpool kembali ke saingan bola sepak Eropah pada musim ini selepas berjaya mendapatkan tempat ke-4 musim lalu.

Mereka perlu melalui saingan play-off untuk ke peringkat kumpulan UEFA Champions League.

Sumber:

  1. FourFourTwo (2017): Klopp unfazed by Mourinho, Man United; https://www.fourfourtwo.com/news/klopp-unfazed-mourinho-man-united

Leave a Reply