Jurgen Klinsmann Minat Latih Skuad Kebangsaan Australia

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Jerman dan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann dilaporkan berminat membimbing Australia bagi menghadapi saingan Piala Dunia di Russia tahun depan.

Beliau dikatakan mahu membuat permohonan kepada Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ange Postecoglou bulan lalu.

Menurut laporan media tempatan, legenda Jerman yang dipecat pada tahun 2016 ekoran aksi longlai skuad Amerika Syarikat pada kempen kelayakan Piala Dunia, meminta bantuan rakan karibnya untuk mengisi jawatan itu.

(Gambar :  Sportphoto/ullstein bild via Getty Images)

Jurulatih yang berusia 53 tahun itu bersedia melakukan perubahan ke atas skuad Socceroos dan mempersiapkan pasukan menghadapi kejohanan Piala Dunia tahun depan.

Jurulatih terdahulu, Ange Postecoglou yang cemerlang membawa Australia layak ke Russia bakal mengendalikan kelab Jepun, Yokohama F-Marinos musim depan.

Klinsmann juga dikatakan amat tertarik dengan peningkatan kualiti liga domestik Australia dan percaya skuad kebangsaan negara itu sudah bersedia untuk tampil lebih garang di Piala Dunia nanti.

(Photo by Mark Kolbe/Getty Images)

Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) kemungkinan berdepan masalah pembayaran gaji kerana apa yang ditawarkan FFA lebih rendah berbanding Amerika Syarikat sebelum ini.

FFA dipercayai hanya mampu menawarkan gaji sekitar AS1.14 juta (RM4.67 juta) setahun.

Di Russia nanti, Australia diundi dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan handalan lain iaitu Perancis, Denmark dan Peru.

Perancis bakal menjadi lawan pertama mereka yang dijadualkan berlangsung di Kazan (16 Jun) sebelum meneruskan cabaran berdepan Denmark di Samara (21 Jun) dan Peru di Sochi (26 Jun). – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN