Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata KLFA mensasarkan skuad dibimbing jurulatih yang berasal dari Brazil, Fabio Magrao berkenaan meraih sekurang-kurangnya tempat kelima terbaik di kancah Liga Super, musim depan.
Semua pemain dan barisan kejurulatihan bola sepak Kuala Lumpur juga bakal menerima ganjaran lumayan dari Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berikutan kejayaan skuad itu muncul juara Liga Perdana 2017.
Bagaimanapun, Adnan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, menegaskan beliau tidak boleh mendedahkan jumlah sebenar bayaran bonus bakal diterima setiap pemain dan barisan kejurulatihan KLFA kerana mahu menjaga hati semua pihak.
“Kita memang sudah memutuskan untuk memberi ganjaran wang tunai lumayan kepada setiap pemain dan jurulatih The Hawks, namun saya tidak boleh menyebutnya secara terperinci kerana ia amat sensitif.
“Namun, apa yang boleh beritahu jumlah ganjaran wang tunai yang bakal diterima skuad The Hawks seawal hari ini bukan hanya amat lumayan dan malah tidak dijangka oleh setiap pemain dan pegawai KLFA,” katanya kepada Berita Harian
KLFA juga sudah menyambung kontrak dua pemain importnya iaitu Guilherme de Paula dan Paulo Josue serta jurulatih Fabio Magrao dari Brazil bersama The Hawks untuk mengharungi kancah Liga Super, musim depan.
“Kami juga sedang dalam proses memuktamadkan senarai akhir pemain tempatan dan dua awang import baharu termasuk kuota Asia yang bakal dibawa masuk ke skuad Kuala Lumpur, pada musim depan.
“Kita mungkin akan membawa masuk seorang lagi awang import dari Brazil dan seorang pemain Asia untuk memperkuatkan lagi skuad Kuala Lumpur musim depan,” katanya yang mengesahkan KLFA akan mengekalkan kira-kira 85 peratus pemain tempatan sekarang, manakala selebihnya bakal diganti dengan pemain muda baharu.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata beliau menyerahkan kepada Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dan jurulatih Fabio Magrao untuk memuktamadkan senarai penuh pemain import dan tempatan yang bakal menyarung jersi The Hawks, pada musim depan.
Sumber :
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/11/345159/skuad-kl-dijanji-habuan-lumayan