Beberapa hari lalu, kumpulan penyokong setia pasukan Kuala Lumpur, iaitu Ultras Kuala Lumpur yang turut dikenali sebagai ‘The City Boys’ mengumumkan bahawa mereka ‘tidak akan beraksi’ untuk memberi sokongan ketika pasukan Kuala Lumpur berhadapan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tindakan ‘tidak akan beraksi’ diumumkan oleh The City Boys melalui laman media sosial Facebook milik kumpulan penyokong itu pada petang tadi atau kata lain ialah untuk tidak menghadiri perlawanan tersebut.
Tindakan oleh The City Boys ini dipercayai kerana rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), yang memperuntukkan sehingga 80% kapasiti tempat duduk kepada penyokong JDT yang dijangka akan membanjiri Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Silent protest mode : 🔛
"Kalah itu rutin, seri itu biasa, menang itu ajaib"#KLFAPunai#KLFAPundek#SembahBerhala#KLTillJannah pic.twitter.com/EZSAVRlhbv
— CityBoys (@CityBoys12) February 9, 2018
Mengulas mengenai dakwaan itu, Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata kepada Kosmo, tuduhan tersebut tidak berasas kerana KLFA sentiasa menjaga kebajikan peminat-peminat skuad The Hawks.
“Itu satu tuduhan tidak benar. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberikan arahan-arahan terperinci berhubung tempat duduk penyokong kedua-dua pasukan.
“Kita sudah menyediakan bahagian kepada penyokong-penyokong. 50-50, bukannya 20 kepada Kuala Lumpur dan 80 peratus kuota diberikan kepada peminat-peminat JDT.
“Namun perubahan kuota itu mungkin bertukar kepada 40 kepada Kuala Lumpur dan 60 kepada JDT atau 45 kepada Kuala Lumpur atau JDT sebanyak 55 peratus kerana kami sedar Kuala Lumpur tidak memiliki ramai peminat seperti JDT.
“Namun jika penyokong-penyokong Kuala Lumpur boleh beri jaminan untuk memenuhi stadium dengan membeli tiket, KLFA boleh memberikan tiga per empat kapasiti tempat duduk.
“Jika tidak boleh, lebih baik tempat duduk kosong itu diberikan kepada peminat yang sanggup membeli tiket kerana KLFA mahu menjana pendapatan hasil kutipan tiket,” katanya.
Nokman berharap tuduhan liar seperti itu tidak ditimbulkan kerana KLFA sentiasa mengutamakan peminat-peminat tuan rumah.
“Jadi, saya berharap perkara ini tidak timbul pada masa akan datang. Jika benar peminat-peminat Kuala Lumpur ramai sehingga lebih 3,000 orang, kami akan beri jaminan kuota pasukan tuan rumah menjadi kelebihan buat mereka.
“Namun jika hanya yang datang sekitar 1,000 orang, seperti saya katakan tadi tempat duduk kosong itu baik diberikan kepada peminat yang bayar tiket kerana KLFA mahu menjana pendapatan.
“Jika betul peminat-peminat Kuala Lumpur itu ramai, sila penuhkan Stadium Kuala Lumpur,” ujarnya.