KLFA Ambil Pendekatan Berhati-Hati Cari Pengganti Nidzam Adzha

KLFA

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dalam merekrut pengendali baharu bagi menghadapi kempen CIMB Liga Super Malaysia 2021.

Hal ini kerana pengganti kepada jurulatih terdahulu, Nidzam Adzha Yusoff itu hanya akan diberikan kontrak selama enam bulan dan sekiranya berjaya menjalankan tugasan dengan baik sepanjang tempoh tersebut, beliau akan diberikan kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama pasukan.

Meskipun Nidzam berjaya membantu Kuala Lumpur layak ke saingan Liga Super 2021, pasukan tersebut terpaksa mencari ketua jurulatih bagi apabila Nidzam tidak memiliki Lesen Diploma Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang mana itu merupakan syarat diperlukan oleh seseorang jurulatih bagi membimbing skuad Liga Super.

Sehubungan dengan itu, faktor kekangan bajet juga menjadi perhatian utama buat pengurusan tertinggi KLFA dalam menangani perkara penting sebelum menghadapi musim baharu itu.

”Pihak pengurusan begitu berhati-hati [dalam pengambilan jurulatih baharu] kerana kami memiliki bajet yang cukup ketat untuk perjalanan pasukan pada musim depan,” ujar Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa menurut laporan The Star.

”Kami akan menawarkan kontrak selama enam bulan terlebih dahulu dan sekiranya dia menjalankan tugasan dengan baik, kami akan berikan kontrak lanjutan.”

”Kami terpaksa mengambil pendekatan sedemikian kerana kami tidak pasti bagaimana keadaan wabak COVID-19 yang masih lagi ada pada ketika ini.”

”Kami memiliki beberapa senarai tempatan dan luar negara pada ketika ini, kami sedang membincangkan tentang terma dan syarat. Apabila segalanya dimuktamadkan, jurulatih [yang dipilih] akan memulakan tugasannya pada Januari nanti,” tambah Nokman lagi.

Laporan turut menyebut jurulatih daripada Lebanon, Singapura dan Indonesia turut berada dalam senarai pertimbangan buat skuad ‘Warga Kota’ itu.

Kuala Lumpur layak ke kempen Liga Super selepas menamatkan persaingan Liga Premier musim ini di tempat ketiga dengan mengumpul 21 mata hasil enam kemenangan, tiga keputusan seri dan dua kekalahan.

Baca artikel lain dari kami mengenai skuad Kuala Lumpur:

Paulo Josue Simpan Hasrat Bersara Di Kuala Lumpur

Gandingan Marcote-Nidzam Adzha Akan Dijelmakan Semula Di Kuala Lumpur?

Nidzam Adzha Akui Kecewa, Harap Musim 2021 Yang Lebih Baik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN