KLFA Beri Alasan Terlepas Pandang Sebab Gagal Daftar Pasukan

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mengakui terkejut apabila persatuan tersebut diumumkan sebagai salah sebuah pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Pada Isnin lalu, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mendedahkan dua pasukan Liga Super dan empat lagi yang bertanding di Liga Premier 2018 gagal melengkapkan dokumen pendaftaran masing-masing.

Empat lagi pasukan bagaimanapun dilaporkan telah melengkapkan pendaftaran masing-masing melangkaui tarikh yang ditetapkan. Selain daripada Kuala Lumpur, sebuah lagi pasukan daripada Liga Super yang turut gagal melengkapkan pendaftaran ialah Kelantan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa berkata pihaknya tidak menjangka Kuala Lumpur sebagai salah sebuah pasukan yang disenaraikan, tetapi tidak menafikan pihak KLFA mungkin terlepas pandang beberapa perkara mengenai isu tersebut.

Sepertimana dilaporkan oleh Stadium Astro, Nokman dipertik sebagai berkata:

“Saya sendiri terkejut dengan perkara ini kerana pada pandangan saya, kami telah menyelesaikannya tetapi mungkin ada sedikit kesilapan dalam proses pendaftaran pasukan dan pemain. Jadi, ada sedikit kekeliruan,” kata Nokman.

“Sebenarnya, kami tiada masalah untuk melakukan sebarang pembayaran, cuma mungkin terdapat sesetengah aspek yang terlepas pandang,” ujarnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa

Sehubungan dengan itu, Setiauasaha Agung KLFA itu mengharapkan pihak FMLLP memberikan pertimbangan sewajarnya agar skuad The City Boys tidak diberikan hukuman berat.

Pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing dengan menghantar dokumen yang dikehendaki dengan lengkap, bakal berhadapan risiko hukuman potongan mata oleh badan penganjur bola sepak negara itu.

Sebenarnya agak menghairankan bagaimana pasukan boleh terlepas pandang, atau gagal melengkapkan pendaftaran masing-masing untuk pertandingan Liga Malaysia pada musim ini.

Untuk rekod, FMLLP telah menunda tarikh tutup sebanyak dua kali sejak Disember lalu, dan turut memberi peringatan kepada setiap persatuan yang masih gagal melakukan pendaftaran melalui peringatan emel dan telefon ke setiap pasukan sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN