KL City Wajib Awasi Kelibat ‘Mesin Gol’ CAHN FC

Kuala Lumpur City (KL City) mempunyai misi sukar pada hari ini untuk mencipta kejayaan seterusnya dalam persaingan ACC Shopee Cup 2024/2025 menentang cabaran wakil kelab dari Vietnam, Cong An Hanoi FC (CAHN FC).

Atas kertas, kelebihan terarah kepada KL City yang berkelebihan bermain di laman sendiri untuk mendapat sorakan padu daripada peminat kesayangan mereka.

Namun, cabaran daripada pasukan pelawat juga tidak boleh dipandang remeh kerana mereka masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan sejak lima perlawanan lalu.

Malah, mereka juga cemerlang mencipta tiga kemenangan berturut-turut di pentas ACC Shopee Cup untuk berada di tangga teratas Kumpulan B.

Daripada segi barisan pemain, pasukan ini mempunyai beberapa nama cukup berkualiti di beberapa posisi yang perlu diawasi sepanjang mengharungi aksi tersebut.

Berikut merupakan tiga pemain CAHN FC yang perlu diawasi sepenuhnya oleh barisan pemain KL City jika mereka mahu mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini.

Leo Artur

Pemain tengah serangan dari Brazil ini hadir dengan reputasi cukup tinggi untuk diberi perhatian sepenuhnya oleh pertahanan KL City, ekoran ketajaman dimiliki pemain itu di atas padang.

Daripada 13 perlawanan diharungi musim ini, Artur telah meledak 10 gol secara keseluruhan bersama enam bantuan jaringan buat pasukan tersebut untuk menggambarkan betapa bahayanya pemain itu di posisi serangan.

Di pentas ACC Shopee Cup, Artur telah pun meledak hatrik ketika mereka menewaskan Lion City Sailors serta menghasilkan dua bantuan jaringan ketika menentang pasukan itu dan Kaya FC.

Alan Grafite

Penyerang utama CAHN FC ini juga tidak kurang berbahaya menerusi sentuhan pemusnah beliau di hadapan gawang gol selepas ia sudah dibuktikan pada beberapa aksi lalu.

Musim ini menyaksikan Alan sudah pun meledak lima gol daripada sembilan perlawanan serta turut menghasilkan tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Kekuatan pemain ini terarah kepada fizikal beliau serta bijak meletakkan diri di kedudukan tepat untuk menerima umpanan daripada rakan sepasukan.

Nguyen Quang Hai

Kapten CAHN FC ini antara pemain bintang paling mencuri tumpuan ekoran kredibiliti yang ditampilkan beliau sejak musim-musim lalu di pentas Asia serta antarabangsa.

Walaupun masih belum membuka akaun jaringan musim ini bersama pasukan tersebut, impak beliau dianggap cukup besar terutama sekali untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Rekod semasa menyaksikan Nguyen sudah pun merekodkan empat bantuan jaringan daripada 14 perlawanan diharungi beliau bersama kelab itu musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN