KL City Mampu ‘Kejutkan’ Selangor Di Gelanggang Lawan

Kuala Lumpur City (KL City) dianggap mampu untuk mencipta kejutan pada perlawanan hari ini menentang Selangor untuk cabaran Liga Super 2024/2025 seterusnya di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Terdahulu, rekod pertemuan kedua pasukan tersebut memihak kepada KL City apabila pasukan itu meraih kemenangan tipis 1-0 ketika perlawanan berlangsung di Cheras.

Gol tunggal KL City ketika itu diledak oleh Jovan Motika pada minit ke-63 untuk mengesahkan tiga mata buat pasukan tuan rumah yang mengetepikan cabaran Selangor.

Sudah tentu kelebihan lalu itu sedikit sebanyak memberi petanda positif sebagai pembekal semangat kepada The Red Giants bagi mengharungi aksi pada hari ini.

Walaupun begitu, skuad kendalian Miroslav Kuljanac perlu berwaspada jua kerana sudah tentu Selangor tidak rela mencatat kekalahan terbaharu kepada KL City lagi.

Bagi perlawanan hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain tumpuan untuk kedua pasukan tersebut yang dijangka bakal memainkan peranan penting sepanjang aksi berlangsung.

Jovan Motika

Pemain sayap kiri KL City ini boleh dianggap sebagai pemain yang kerap mencetuskan ancaman berbahaya secara tiba-tiba ke arah gawang pasukan lawan.

Kekuatan fizikal dan kepantasan menjadi aset utama Motika yang sering digunakan beliau untuk mengkucar kacirkan pertahanan pasukan lawan.

Walaupun tidak banyak rekod gol dan bantuan jaringan dihasilkan bekas pemain kebangsaan Bosnia ini, secara keseluruhan beliau menjadi watak penting untuk siri serangan dicipta KL City.

Paulo Josue

Penjaring terbanyak KL City ini sudah tentu ingin melebarkan lagi rekod gol beliau bersama pasukan tersebut terutama sekali di pentas persaingan Liga Super musim 2024/2025.

Pengaruh Josue di posisi serangan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana keupayaan beliau untuk mencorakkan pergerakan rakan sepasukan lain serta pemain cukup berbahaya dalam petak penalti.

Keupayaan lain pemain naturalisasi dari Brazil itu sudah tentu terarah kepada kualiti sepakan percuma beliau dirinya bijak meletakkan diri di posisi tepat untuk menerima umpanan rakan sepasukan

Alvin Fortes

Alvin boleh dianggap sebagai salah satu pemain paling berbaloi ditandatangani oleh Selangor menerusi jumlah jaringan serta impak diberikannya di posisi serangan.

Bekas pemain kebangsaan Cape Verde itu setakat ini sudah pun meledak 14 gol dan tiga bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 26 penampilan bersama The Red Giants.

Dijangka pemain sayap kanan ini bakal memberi masalah buat KL City pada hari ini jika tidak dikawal sepenuhnya oleh pertahanan mereka sepanjang perlawanan berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN