Minggu terakhir saingan KL City League menjanjikan drama yang cukup hebat untuk menentukan siapakah bakal juara.
Pirates FC yang merupakan calon pilihan untuk menjadi juara berjaya menepati ramalan apabila menumpaskan KL Galaxy dalam perlawanan sengit 1-0.
Gol dari Jacque Faye hasil penyudah kaki kanan menewaskan Syed Adney sudah cukup untuk memberikan kejuaraan buat Pirates FC dalam musim sulung KL City League ini.
GOLLLLLL!
Jacque Faye meletakkan FC Pirates di depan hasil jaringan menarik menewaskan Syed Adney. #RuleYourCity pic.twitter.com/HPg1EUDym8
— MY City League (@mycityleague) August 14, 2019
Walaupun begitu, Pirates FC menghadapi detik yang penuh sukar dalam perlawanan ini apabila terdapat 2 pemain mereka dibuang padang.
Penjaga gol Pirates FC, Ariff Baharoom dilayangkan kad merah selepas menahan bola di luar kotak penalti.
Seorang lagi pemain mereka iaitu Evan Francis turut dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.
KL Galaxy yang beraksi dengan kelebihan 2 pemain gagal mencari gol yang dimahukan termasuklah tandukan minit akhir Osoru Mannix yang melewati palang gol.
TAMAT PERLAWANAN!
Tiupan wisel penamat dari pengadil mengesahkan FC Pirates sebagai juara sulung KL City League Season 1. Tahniah!#RuleYourCity pic.twitter.com/EekfwYL31h
— MY City League (@mycityleague) August 14, 2019
Kemenangan itu cukup untuk memberikan kejuaraan buat mereka mengatasi pencabar terdekat BOSS FC yang dipalit kontroversi sebelum itu.
Mereka yang beraksi sehari awal sepatutnya bertemu KTKSI namun begitu pasukan tercorot liga tidak munculkan dirikan.
Oleh itu, BOSS FC diberikan kemenangan percuma 3-0 dan sekali gus menutup peluang mereka untuk muncul juara.
Satu lagi perlawanan melibatkan Expecte Toulouse yang memperoleh kemenangan besar ke atas Damansara Bulls.
Wong Kah Heng menujukkan status beliau sebagai penjaring terbanyak liga apabila mencatatkan hatrik dalam perlawanan tersebut.
Selain daripada beliau, Yeoh Keong Hann turut menjaringkan 2 gol serta 1 gol dari Gan Jay Han.
Sementara Shaza Badri menjaringkan gol tunggal untuk Damansara Bulls.
Expected Toulouse berjaya melakarkan kemenangan selesa 6-1 menewaskan @damansarabulls sebentar tadi.
Untuk tonton perlawanan penuh, lawati link https://t.co/ZonFDXbnzI
📸 @asianadotmy#KLCityLeague #RuleYourCity pic.twitter.com/Jm48n6OVDQ
— MY City League (@mycityleague) August 13, 2019
Dengan tamatnya musim pertama ini, KL City League akan berehat selama seminggu sebelum musim kedua akan dimulakan.
Dilaporkan, jumlah pasukan akan ditambah daripada 10 kepada 12 pasukan untuk musim baharu.
Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Pirates FC kerana menjadi johan kali ini.
Dan tak lupa juga kepada BOSS FC, Thai Selangor dan semua pasukan yang bertanding kerana memberikan saingan kompetitif sepanjang liga berlangsung.
Jumpa lagi diT musim hadapan!