Quantcast

KOMUNITI

KL City League: Rebel FC Adakan Pesta Gol, Belasah KTKSI 20-1!

Saingan minggu ke-6 bagi KL City League diteruskan dengan kisah jaringan besar dan kontroversi menjadi intipatinya.

Dalam aksi pada Isnin, pasukan Rebel FC mengadakan ‘pesta gol’ dengan menjadikan KTKSI sebagai mangsa mereka.

Rebel FC mencatatkan rekod kemenangan terbesar dalam saingan liga dengan jaringan 20-1!

Pesta gol Rebel FC bermula seawal minit ke-4 apabila Erwan Shah menjaringkan gol pembukaan.

Beliau kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke-15 sebelum Hycent Chidera menjaringkan gol ketiga 2 minit kemudian.

Bebe Didier pula menyertai senarai penjaring dengan menyumbat masuk gol pada minit ke-19 dan ke-23 sebelum Chidera sekali lagi menjaringkan gol seminit kemudian.

Erwan melengkapkan malam gemilangnya menerusi 2 gol dalam tempoh 4 minit pada minit ke-31 dan juga ke-35.

Bersambung pada babak kedua, pesta gol diteruskan dengan jaringan dari Medina Mbeguere pada minit ke-38 dan ke-39.

Afzal pula menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-46.

Muzaffar kemudiannya menyumbat gol pada minit ke-48 dan ke-51 sebelum Khairul Anuar menambah derita KTKSI pada minit ke-50.

Medina kemudiannya melengkapkan hatriknya pada minit ke-53.

Ahmad Syafiq dan Nazri Abu Bakar kemudiannya menjaringkan 3 lagi gol dengan 2 gol untuk Syafiq minit ke-56 dan ke-57 manakala Nazri pada minit yang sama.

Afzal sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-59.

Gol terakhir Rebel FC dijaringkan oleh Khairul pada minit ke-66.

Gol tunggal KTKSI pula dijaringkan oleh Boihaqqi pada minit ke-55.

*sorotan aksi Rebel FC-KTKSI hanya menyediakan gol bermula daripada jaringan ke-9 kerana terdapat masalah teknikal ketika separuh masa pertama

Dalam aksi pada Rabu, kontroversi berlaku ketika perlawanan diantara Dekays Ox menentang KL Galaxy.

Ketika jaringan sudah memasuki 3-1 memihak KL Galaxy, para pemain Dekays Ox memilh untuk keluar dari perlawanan.

Alasan yang diberikan adalah mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil yang telah memberikan 2 kad kuning kepada pemain KL Galaxy namun tidak membuang pemain itu.

KL Galaxy dikatakan turut tidak berpuas hati dengan kualiti pengadil pada malam tersebut, namun hanya Dekays Ox sahaja yang keluar dari padang.

Oleh itu, pihak KL City League memberikan kemenangan 3-0 percuma kepada KL Galaxy.

Sementara pengadil tersebut telah pun disingkirkan daripada mengadili perlawanan KL City League selepas ini.

Berikut merupakan baki keputusan untuk aksi pada minggu ini:

  • BOSS FC 1-2 Damansara Bulls (Ikhwan Bahari 59’/Olatunde Qudus 26’, Adi Jazli 41’)
  • Thai Selangor 1-1 FC Pirates (Kyambadde Rashid 27’/Mulero Ibrahim 41’)

Expected Toulouse tidak beraksi pada minggu ini.