Quantcast

KOMUNITI

KL City League: Expected Toulouse Cipta Rekod Liga, Belasah KTKSI 10-0!

Minggu ketiga bagi saingan KL City League diteruskan dengan 5 perlawanan dilangsungkan di Rhino Arena, Kelab Sultan Sulaiman.

Dalam aksi yang dilangsungkan pada hari Isnin, KL City League telah mencatatkan rekod jaringan terbesar dalam satu-satu perlawanan.

Expected Toulouse telah meratah KTKSI dengan jaringan 10 (SEPULUH) tanpa balas!

Mereka mendahului seawal minit ke-3 perlawanan menerusi Azril Zulkifli sebelum beliau menambah gol kedua pada minit ke-14.

Dalam minit yang sama, Rinmon Ngo turut menjaringkan gol untuk meletakkan Expected Toulouse selesa dengan 3 gol.

How Eng Hua kemudiannya menyertai senarai penjaring apabila menyumbat bola ke gawang KTKSI pada minit ke-18.

Yeoh Keong Hann menjadikan jaringan 5-0 apabila menyudahkan percubaan pada minit ke-27 sebelum Rinmon menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-39.

Expected Toulouse menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 7-0 apabila penyudah dari Wong Kah Heng pada minit terakhir permainan membawa mereka ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua menyaksikan 3 lagi jaringan terhasil untuk melengkapkan rekod jaringan 10 gol tanpa balas.

Kah Heng menambah gol kedua peribadi beliau pada minit ke-61 sebelum Abel Tam menyertai pesta gol 5 minit kemudian.

Gol dari Ganjay pada minit ke-69 kemudiannya telah melengkapkan malam gemilang Expected Toulouse dengan gol kesepuluh.

Dalam aksi pada Rabu, KL Galaxy terus kempunan 3 mata apabila tewas 3-2 kepada Thai Selangor.

Selvino meletakkan KL Galaxy di depan pada minit ke-12 sebelum Zakwan Zamri menyamakan kedudukan pada minit ke-30.

Osuru Mannix meletakkan KL Galaxy kembali di depan 4 minit selepas gol penyamaan Thai Selangor terhasil.

Thai Selangor bagaimanapun bangkit di separuh masa kedua apabila mereka menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit.

Zakwan memulakan kebangkitan Thai Selangor dengan gol pada minit ke-56 sebelum Hairi Afiq memateri 3 mata pertama untuk mereka dalam saingan liga.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain untuk aksi minggu ketiga:

  • Damansara Bulls 0-2 Rebel FC (Erwan Shah 7′, Mohd Sudir 27′)
  • Dekays Ox 1-2 FC Pirates (Amin Ashraf 47’/Ammar Anuwar 30, Mulero 61′)
  • FC Okami 0-4 BOSS FC (Ammar Shafiq 1’& 15′, Rezayuundra 9′, R. Karnan 49′)