Quantcast

KOMUNITI

KL City League: Rebel FC Cipta Kejutan Tewaskan KL Galaxy 3-1

Minggu kedua bagi KL City League telah pun dilangsungkan dengan 5 lagi perlawanan diadakan di Rhino Arena, Kelab Sultan Sulaiman.

Kejutan disaksikan pada perlawanan yang berlangsung pada Jumaat apabila Rebel FC berjaya menewaskan KL Galaxy dengan jaringan 3-1.

KL Galaxy yang dibarisi oleh bekas pemain Liga Malaysia iaitu Syed Adney Syed Hussein serta Reeshafiq Alwi bagaimana pun ketinggalan di awal permainan hasil jaringan Medina Mbeguere.

KL Galaxy yang menguasai sebahagian besar perlawanan gagal untuk menembusi pertahan Rebel FC.

Mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan di awal separuh masa kedua menerusi gol oleh Osoru Mannix namun ianya tidak kekal lama.

Hal ini kerana selang seminit kemudian, Medina kemudiannya menanduk masuk hantaran sepakan percuma untuk meletakkan kembali Rebel FC di depan.

Gambar: Kamarul Akhir//Asiana

Kemenangan Rebel FC disahkan menerusi jaringan pintar oleh Ahmad Syafiq yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang mematikan langkah Syed Adney di pintu gol.

Seperti minggu pertama, aksi kali ini turut menyaksikan kemenangan besar dicatatkan oleh pasukan yang bertanding.

Damansara Bulls mencatatkan kemenangan besar 8-1 apabila berjaya menewaskan KTKSI.

Pesta gol Damansara Bulls bermula apabila mereka berjaya mendahului pada minit ke-19 menerusi jaringan Muhtarr Magnum.

Kelebihan itu ditambah lagi 4 minit kemudian menerusi jaringan oleh Olatunde Qudus sebelum beliau menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-36.

Gambar: Kamarul Akhir//Asiana

Damansara Bulls menutup separuh masa pertama dengan jaringan 4-0 apabila Muhammed Jawo turut menyertai senarai penjaring.

Di separuh masa kedua, Anesh Krishna menjaringkan gol kelima Damansara Bulls pada minit ke-48 sebelum Fauzi menjaringkan 1 gol untuk KTKSI pada minitk ke-52.

4 minit berselang, Jawo menambah gol kedua peribadinya untuk menjadikan kedudukan 6-1 sebelum dua gol dalam masa tiga minit oleh Muhtarr dan Anesh pada minit ke-68 dan 71 melengkapkan kemenangan Damansara Bulls.

Berikut merupakan keputusan-keputusan lain bagi perlawanan minggu 2:

  • BOSS 0-0 Thai Selangor
  • FC Pirates 2-1 Expected Toulouse (Ammar Anuwar 6′, Eugune Fo [Gol Sendiri] 18’/Rinmon Ngo 7′)
  • FC Okami 0-2 Dekays Ox (Amin Ashraf 6′, Akbar Sanjani 14′)