KL City Bawa Pemain Kacukan Malaysia-Australia Kukuhkan Jentera Tengah

Ryan-Lambert-FC-Den-Bosch-KL-City-2021-pemain-kacukan
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

KL City nampaknya gigih memperkukuhkan pasukan menjelang jendela perpindahan yang bakal dibuka nanti dengan kemasukkan pemain kacukan Malaysia-Australia.

Pemain yang dimaksudkan adalah Ryan Lambert, pemain tengah yang dilahirkan di Kuala Lumpur.  Bapanya seorang warganegara Australia dan ibunya berwarganegara Malaysia, menjadikan beliau boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Saat ini KL City sedang menduduki tangga ke-6 Liga Super dengan mengumpul 14 mata, dipisahkan hanya satu mata di belakang Selangor FC di kedudukan kelima. Ia bukanlah prestasi yang buruk namun, pengurusan tentu mahukan yang lebih lagi.

Kemasukkan Ryan Lambert dijangkakan untuk mengukuhkan lagi jentera tengah yang ketika ini dikemudi oleh kapten, Paulo Josue, Romel Morales dan Akram Mahinan. Mungkinkah salah seorang bakal dikorbankan daripada skuad utama?

KL City dilihat masih belum mengumumkan maklumat lanjut mengenainya, namun laman web kelab yang diwakili oleh Ryan Lambert telah mengesahkan perkara ini dan hasil semakan di Instagram pemain tersebut juga seperti mengiyakannya.

FC Den Bosch, sebuah kelab yang bersaing di divisyen kedua, Eerste Divisie, di Belanda, mengesahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu bakal meninggalkan mereka dan menyertai sebuah kelab di Malaysia, KL City dengan kontrak jangka panjang.

Memetik kenyataan Ryan Lambert di laman web kelab tersebut, “Saya teramat gembira apabila akan membuat langkah besar dalam karier bola sepak saya. KL City adalah sebuah kelab yang besar dengan penyokong-penyokong yang hebat.”

https://www.instagram.com/p/CONR2b7Lv3p/

“Saya ingin mengucapkan penghargaan buat Den Bosch atas peluang yang telah mereka diberikan kepada saya dan juga abang saya [Declan] untuk membangunkan karier kami di kelab profesional,” ujarnya yang memiliki saudara kembar di kelab itu.

Kedua-dua mereka menyertai Den Bosch sejak 2018 dan ini merupakan kali pertama mereka bakal berpisah sejak mula bermain bola sepak. Mereka bersama-sama membina karier di beberapa kelab seperti Melbourne Victory NPL dan Achilles ’29.

Walaubagaimanapun, Declan Lambert yang beraksi di posisi bek kanan dilihat lebih banyak tampil bermain bersama The Blue White Dragons dengan 18 penampilan, sementara Ryan Lambert pula telah membuat tujuh penampilan musim ini.

Di Instagramnya, pemain kacukan Malaysia-Australia itu mengucapkan selamat tinggal buat kembarnya disamping memuat naik InstaStory pemandangan dari atas kapal terbang. Jelas, beliau sudah pun menuju ke Kuala Lumpur pada ketika ini.

Baca lagi artikel lain tentang KL City FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN