KJ: “Bekas Pemain Jangan Asyik Mengkritik, Patut Duduk Muzium”

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara individu yang tampil untuk membidas kenyataan daripada legenda bola sepak Malaysia, Jamal Nasir.

Menurut Khairy Jamaluddin, kenyataan Jamal Nasir yang menyalahkan JDT di atas prestasi hambar Harimau Malaya.

Kenyataan tidak masuk akal

“Pandangan itu memang tidak masuk akal. Adakah kalau pasukan Sepanyol kalah kita nak salahkan Barcelona atau Real Madrid?”

“Sepatutnya kita terus memberikan galakkan kepada pasukan negeri dan kelab lain untuk mencontohi dan menjadi seperti JDT.”

“Memang adakalanya pemain kebangsaan terpaksa berada di bangku simpanan tetapi mereka terdedah kepada kejohanan yang tidak disertai pasukan lain seperti Piala AFC dan sebagainya.

“Jadi, bagi saya dakwaan itu datangnya daripada mereka yang iri hati dan mungkin ada agenda tersirat ingin menyindir kepemimpinan FAM.”

Terus sokong FAM

KJ juga meminta semua pihak berterusan menyokong FAM dan tidak terlalu tergesa-gesa mahukan kejayaan.

“Seperti mana saya nyatakan sebelum ini, kita kena terus bagi sokongan kepada FAM. Masalahnya peminat bola sepak kita sekarang mahu melihat kejayaan datang terlalu cepat.”

“Bila kita mengharap kejayaan datang terlalu cepat maka itu akan menjadi masalah utama kepada bola sepak negara,” katanya selepas program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-44 di sini, hari ini.

Pemain lama harus rehat di muzium

KJ meminta bekas-bekas pemain yang suka mengkritik TMJ untuk menghentikannya atapu berehat sahaja di ‘muzium’ untuk memberikan peluang kepada generasi baru mentadbir bola sepak Malaysia.

“Saya berharap suara-suara bekas pemain kebangsaan berhenti daripada terus lantang mengkritik Tunku Ismail dan FAM biarpun kita hargai pandangan mereka sebagai orang lama.”

“Pada saya, mereka sepatutnya berehat di ‘muzium’, berilah generasi baharu mengendalikan bola sepak negara.”

Sumber

Berita Harian – https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/339887/bekas-pemain-patut-berehat-di-muzium-khairy

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN