Memalukan. Mungkin itulah reaksi pertama penyokong Kelantan ini apabila mendapat perkhabaran tentang tindakan Penasihat Kuala Lumpur City, Annuar Musa yang ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan untuk dibawa ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Perkara tersebut disuarakan oleh seorang penyokong The Red Warriors menerusi ciapannya di Twitter yang menganggap ianya seolah-olah membuatkan penyokong Kelantan tiada maruah apabila perlu bergendang untuk pasukan lain selepas tidak layak ke perlawanan akhir.
https://twitter.com/bawangmana/status/1465329558396174338?s=20
“Kito ado maruah lagi boh. Takdok pasal nak sokong pasukan ore lain semato pasukan sendiri takleh masuk final. Tak lapar nak katok gende pasukan ore main. Jadi la penyokong yang ada maruah!” ujarnya yang jelas kecewa.
Tambahnya lagi, alasan mengatakan pukulan gendang itu dapat menaikkan semangat pemain dan penyokong KL City tidak masuk akal kerana penyokong kelantan sendiri tidak ‘naik semangat’ mendengar paluang gendang ketika menonton di stadium.
Penyokong Kelantan sendiri pun tak naik semangat dengar gendang ni. Malah dah lama tiada pasukan gendang ni di Kelantan FC. Lucu demo https://t.co/72T6WoaDwr
— Tony a.k.a Wan Ilham 🇲🇾 (@wan_ilham) November 30, 2021
Annuar Musa yang pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menggunakan alasan bahawa penyokong KL City datang dari seluruh negara dan beliau membandingkan dengan pemain kelab ibu kota itu yang datang dari pelbagai negeri dan juga luar negara.
“Kita bangkit dari bawah dengan sikap yg positif. Pemain KL City ada dari Perak, Kelantan, Selangor, Terengganu hatta luar negara. Kita pasukan ibu kota,pasukan milik semua,” ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dalam akaun Twitternya.
Gendang Nuarmuso dah sampai tuu. Jaga jaga Kuala Lumpur. Kahkahkah
Tengok warna & logo tu jangan kaitkan dengan Kelantan FC. Hahaa pic.twitter.com/AN1RKg28Qt
— Tony a.k.a Wan Ilham 🇲🇾 (@wan_ilham) November 30, 2021
Bagaimanapun langkah tersebut bukan sahaja dianggap menjatuhkan maruah penyokong Kelantan, malah penyokong KL City juga telah menyuarakan kemarahan mereka menerusi pelbagai medium.
“Apa kena mengena orang negeri lain duk pukul gendang dekat KL ni. Kau kalau nak tabur bakti pun bukan ini cara dia. KL is KL bro. Nak bagi tiket percuma kau punya pasal. Tapi jangan buat memekak dengan gendang dan kain rentang dari negeri lain.