“Kita Tetapkan Pan Gon Sendiri Jadi Pengurus Skuad Harimau Malaya” – Yusoff Mahadi

Pintu untuk para pemain Liga Malaysia (Kiga-M) musim 2022 beraksi bersama Harimau Malaya kini sudah pun dibuka seluasnya setelah tirai dibuka pada aksi Piala Sumbangsih pada hari Sabtu lalu dengan aksi pembukaan oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur City di Stadium Sultan Ibrahim.

Kim Pan Gon selaku pengendali baharu skuad kebangsaan, pastinya menjadikan tarikh tersebut sebagai sesuatu yang penting buat dirinya untuk mula menjalankan tugas mencari para pemain yang bersesuaian menyertai kem latihan sebelum melihat beberapa lagi aksi saingan liga tempatan yang bakal bermula tidak lama lagi bagi tugas pertamanya pada aksi kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), hujung bulan depan.

Pengendali dari Korea Selatan itu bersama staf kejurulatihannya yang lain bakal menjadikan dua aksi persahabatan yang dijadual menentang Filipina dan Singapura yang bakal berlangsung di Singapura tidak lama lagi sebagai medan ujian bagi melihat sejauh mana tahap anak-anak buahnya beraksi.

Susulan itu, Pan Gon mungkin berdepan sedikit kesukaran buat dirinya untuk menilai dengan lebih mendalam para pemain yang beraksi di saingan Liga Super kerana selepas aksi Piala Sumbangsih, beliau hanya memiliki 12 perlawanan sahaja untuk dinilai sebelum memanggil mereka menyertai kem negara.

Jika bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu mahu sesuatu yang lebih baharu, beliau juga boleh menilai 10 lagi perlawanan di Liga Premier sekiranya mahu sesuatu yang segar dalam kem kebangsaan selain memberi peluang buat muka-muka baharu di liga tersebut beraksi bersama skuad negara.

Datuk Mohd Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan mengenai pengendali import itu pastinya akan memanfaatkan aksi Piala Sumbangsih lalu dengan sebaik mungkin selain perlawanan pertama dan kedua Liga Super bagi mendapatkan pemain yang diinginkan untuk beliau membawa bersama menyertai kem kebangsaan.

“Saya ingat jurulatih sedang memantau aksi Sumbangsih dan dua perlawanan liga. Saya fikir perlawanan ini akan digunakan untuk membuat penilaian ke atas pemain yang berhak dipanggil.

“Pan Gon pasti akan memilih pemain yang dirasakan sesuai untuk strategi dan ideanya serta pemain yang dapat memenuhi apa yang dimahukannya,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Yusoff juga mengambil saranan daripada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya di mana FAM telah mengesahkan jurulatih skuad kebangsaan akan turut memegang jawatan sebagai pengurus pasukan.

“Memang tiada pengurus baharu kerana kita sudah tetapkan bahawa jurulatih (Pan Gon) sendiri akan jadi pengurus mulai sekarang.

“Jadi, tiada timbul isu lantikan pengurus baharu ataupun saya membuat pusingan U (kembali jadi pengurus skuad kebangsaan),” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN