“Kita Tak Parkir Bas” – K. Devan Bangga Negeri Sembilan Bermain Secara Proaktif Berdepan JDT

K Devan Negeri Sembilan 2

Tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan gol pada minit terakhir perlawanan pastinya pahit buat Negeri Sembilan apatah lagi berlangsung di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, JDT yang kembali beraksi dalam saingan liga domestik setelah menghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) peringkat kumpulan tempoh hari menang tipis 1-0 hasil jaringan Fernando Forestieri.

Namun bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, beliau berbangga dengan apa yang telah ditampilkan oleh para pemainnya sehingga mampu memberi saingan sengit kepada pasukan elit seperti JDT.

“Kita main macam biasa, semua perlawanan kita main macam ini. Sebelum perlawanan saya tengok ada beberapa laporan yang mengatakan saya akan parkir bas. Jadi kita tak parkir bas hari ini, kita macam seperti biasa, ujar jurulatih berusia 61 tahun itu dalam sidang media selepas perlawanan.

“Kita tahu JDT adalah pasukan yang bagus, mereka berada pada tahap berbeza. Tapi saya rasa pemain kami pada hari ini telah menunjukkan watak sebenar dalam bermain bola sepak, jadi saya tabik hormat pemain-pemain saya dengan persembahan mereka. Saya bangga di atas prestasi setiap pemain NSFC.

Ketika ditanya apa yang membuatkan beliau cenderung untuk bermain secara terbuka menentang JDT, Devan percaya ia adalah cara yang betul apabila berdepan dengan pasukan yang lebih kuat.

“Kita perlu bermain secara proaktif. Berdepan pasukan yang hebat, kita tak boleh menggunakan pendekatan reaktif, bertindak balas dengan gaya permainan mereka, itu sangat sukar. Tetapi kita perlu proaktif dengan taktikal yang diterapkan, barulah kita mampu mencabar mereka,” tambahnya lagi.

“Jadi sebab itu kita juga mampu melancarkan serangan, tidaklah bertahan sepanjang masa, malah saya beranggapan kami bertahan dengan lebih baik berbanding pasukan lawan. Kami juga mencipta peluang, cuma hari ini tiada penyudah. Tahniah untuk JDT atas kemenangan”

Mengenai peluang Negeri Sembilan untuk menamatkan saingan Liga Super di kelompok atas pada musim ini, K. Devan tidak mahu pencapaian di peringkat awal ini menjadi kayu pengukur kepada keupayaan sebenar pasukannya.

“Seperti mana yang kita tahu, untuk membentuk sebuah pasukan yang kuat, kita perlukan hingga tiga ke empat tahun. Bagi saya ini tahun yang kedua dan kali pertama kita beraksi di Liga Super selepas beberapa tahun kita ketinggalan bermain di Liga Premier.

“Pada saya pencapaian pada hari ini adalah perkara yang kita tak sangka, tapi kedudukan dalam carta liga pun sesuatu yang agak mengejutkan. Menang, seri atau kalah, yang penting adalah keyakinan dalam kalangan pemain dan juga semangat berpasukan.

“Tapi saya rasa kita masih belum mampu sampai di tahap pasukan-pasukan yang berada di kedudukan empat terbaik, masih terlalu awal lagi. Apa yang penting kita tunjukkan prestasi yang terbaik di Liga Super untuk tahun ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN