“Kita Mesti Bangkit Semula” – Halim Saari

Pemain tengah Kedah Darul Aman (Kedah), Halim Saari tampil meluahkan segalanya di media sosial selepas beberapa hari lalu beliau bersama rakan sepasukan menghadapi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Seperti diketahui, Kedah menjadi mangsa amukan JDT pada aksi Liga Super lalu menerusi kekalahan 0-6 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sehingga pasukan itu mendapat beberapa kritikan dalam kalangan peminat.

Malah, ia merupakan kekalahan buat kali kedua bagi pasukan tersebut yang terdahulu turut diaibkan JDT pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/2025 menerusi keputusan 0-4.

Walaupun begitu, Halim tetap bangga akan semangat rakan sepasukan lain yang berjaya memberi komitmen penuh untuk mengharungi aksi tersebut biarpun pelbagai masalah melanda.

“Bangga dengan setiap orang dalam kelab ini. Terdapat 1001 masalah yang perlu dihadapi, namun semuanya masih memberikan komitmen penuh kepada kelab dari awal musim sehingga hari ini.

“Bukan mudah untuk bermain dengan pasukan seperti JDT dua kali dalam seminggu di tempat lawan. Kami semua telah memberikan segala-galanya sepanjang usaha besar ini.

“Walaupun dalam apa jua keadaan yang kita hadapi dan kita mesti bangkit semula! Kepada semua penyokong di stadium, yang terus muncul di hadapan kami melaungkan tanpa jemu, kami amat menghargai sokongan berterusan anda.

“Kepada rakan dan keluarga kami, terima kasih kerana sentiasa menyokong kami, memberi motivasi dan memahami isu dan kesukaran yang kami hadapi di kelab ini sekarang.

“Kepada peminat, penganalisis dan juga mereka yang tidak tahu apa-apa dalam media sosial yang memberi pendapat, kecaman dan makian. Terima kasih,” ulas Halim di media sosial.

Di ruangan komen, rata-rata peminat tampil memberikan semangat buat Halim serta kelab diwakilinya itu untuk kembali bangkit pada aksi seterusnya.

Halim antara diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi tersebut untuk berdepan JDT di posisi tengah, namun kualiti diberikan oleh pasukan lawan jelas berada pada tahap berbeza dan memberi mimpi buruk buat kem Kedah.

Bagi aksi seterusnya pula, skuad kendalian Nafuzi Zain bakal menghadapi cabaran Negeri Sembilan di laman sendiri iaitu Stadium Darul Aman (SDA) pada 17 Ogos hadapan.

Kami di Semuanya BOLA sendiri berharap supaya Kedah dapat kembali bangkit dengan lebih kuat untuk terus menjadi selaku antara pencabar terbaik pada saingan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN