“Kita Mampu Tewaskan Bahrain” – De Paula Laung Keyakinan Untuk Aksi Seterusnya Kelayakan Piala Asia 2023

Setelah skuad kebangsaan merekodkan kemenangan bergaya mengatasi Turkmenistan semalam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), kini semangat para pemain pastinya melonjak untuk berdepan lawan mereka seterusnya iaitu Bahrain.

Tampil dengan persiapan yang rapi nyata pasukan negara berjaya mempamerkan rentak permainan cukup menyakinkan buat para penyokong untuk kembali positif dengan corak permainan bawah kendalian Kim Pan-gon untuk perlawanan akan datang.

Motivasi para pemain juga kini dilihat berada dalam momentum terbaik dan penyerang sensasi kebangsaan iaitu Guilherme de Paula antara optimis Malaysia bakal melakar kejayaan seterusnya dalam perlawanan akan datang.

Pemain naturalisasi itu menyuarakan keyakinan beliau mengenai momentum skuad kebangsaan kini dan optimis Malaysia mampu melayakkan diri ke Piala Asia tahun hadapan berdasarkan prestasi dipamerkan ketika ini mampu kekal konsisten.

Menurut beliau, kemenangan semalam menjadi saksi permulaan awal buat skuad negara tampil lebih garang untuk perlawanan seterusnya menentang Bahrain pada hari Sabtu ini.

“Saya rasa kita mampu (tewaskan Bahrain) dan kita akan turun dengan sepenuh kekuatan, dan kita akan lihat siapa lebih kuat,” katanya ketika ditemui Arena Metro sejurus tamat aksi dengan Turkmenistan itu.

Pemain tersebut dibawa masuk beraksi seaku pemain gantian pada separuh masa kedua dan nyata aksi beliau mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong setiap kali de Paula mendapat bola.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol tambahan, kelicikan pemain ini sesekali berjaya mengelirukan pertahanan Turkmenistan untuk mengawal de Paula daripada membuat sebarang percubaan berbahaya.

Pemain kelahiran Brazil itu juga menetapkan sendiri sasaran peribadi beliau untuk melayakkan diri secara merit dalam kejohanan Piala Asia tahun hadapan bersama Malaysia.

Pada perlawanan semalam, Malaysia berjaya mendahului Turkmenistan seawal minit ke-11 menerusi Safawi Rasid sebelum Faisal Halim terus menjarakkan jurang gol lima minit seterusnya untuk memberi tekanan buat pasukan lawan.

Turkmenistan berhasil mendapatkan jaringan pertama mereka pada minit ke-38 menerusi Annadurdyyev Altymyrat sebelum Corbin Ong meranapkan terus impian lawan untuk bangkit menerusi gol pada penghujung separuh masa pertama.

Dalam masa sama, de Paula juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat para penyokong Harimau Malaya yang dilihat berjaya meningkatkan motivasi para pemain untuk beraksi lebih baik.

“Dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong kami semua bersemangat untuk beraksi lebih daripada 100 peratus.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya bangga berada di negara ini dan saya bangga mewakili Malaysia,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN