“Kita Mahu Wujud Mentaliti Dahaga Akan Kemenangan” – Kim Pan Gon

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menggesa anak-anak buahnya supaya menanamkan sikap sentiasa mahu akan kemenangan atau winning mentality jika mahu meraih kejayaan bersama kelab serta mahu mereka fokus sepenuhnya.

Walaupun begitu, Pan Gon menyedari segalanya tidak boleh dicapai dengan kadar segera atau pada masa yang singkat buat para pemain ketika ini.

Justeru, bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu mahu menilai prestasi setiap para pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan tidak sekadar mengehadkan kepada sesuatu kelompok pemain sahaja untuk dibawa menyertai latihan kem negara.

“Kita mahu wujudkan pasukan yang dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan dan ia perlukan masa.

“Selepas kem ini sehingga Jun, kami mempunyai banyak peluang untuk melihat perlawanan liga setiap minggu, jadi kami mungkin mendapatkan maklumat yang lebih banyak mengenai pemain dari semasa ke semasa,” katanya menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, beliau juga tidak akan menyisihkan para pemain lain meskipun ketika ini sudah mempunyai 70 orang pemain dalam pemerhatiannya.

“Kami mengenal pasti hampir 70 pemain sebelum mengurangkannya kepada pemain-pemain yang kami percaya sesuai dengan falsafah permainan dan pelan taktikal kami.

“Kami tidak mungkin 100 peratus tepat, tetapi kami akan menganalisa keupayaan mereka dari segi teknikal, taktikal dan tingkah laku profesionalisme,” kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Selain itu, Pan Gon juga menjelaskan segalanya menjadi lebih mudah buat staf kejurulatihan bagi mengenal pasti pemain-pemain negara yang mereka rasa sesuai untuk mewakili negara sekiranya lebih banyak perlawanan tempatan yang dapat disaksikan beliau.

Sehingga kini, pengendali berusia 52 tahun itu telah menyenaraikan 30 pemain untuk menghadapi dua aksi siri persahabatan Tier 1 menentang Singapura dan Filipina hujung bulan ini dengan latihan pusat bakal bermula pada hari Isnin.

Ini bakal menjadi tugasan pertama buat Pan Gon setelah bergelar jurulatih baharu Harimau Malaya setelah sebelum itu Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan tersebut atas keputusan mengambil tanggungjawab bagi aksi longlai dalam saingan Piala AFF 2020 lalu.

Malaysia bakal berdepan Filipina terlebih dahulu pada 23 Mac ini sebelum membuat perhitungan bersama tuan rumah, Singapura tiga hari selepas itu. Kedua aksi yang membabitkan skuad kebangsaan tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional, Singapura.

Inisiatif perlawanan persahabatan itu dibuat sebagai persediaan skuad negara dalam persiapan mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun ini, di mana Malaysia telah diletakkan bersama negara Bahrain, Turkmenistan, dan Bangladesh.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN