“Kita Kena Kuat”- Tan Cheng Hoe Mahu Pemain Selangor Kembali Cipta Kebangkitan

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe menyeru kepada para pemain bawah kendaliannya untuk kembali bangkit pada perlawanan Liga Super seterusnya berdepan Penang bagi mendapatkan kembali tiga mata berharga.

Pada aksi terdahulu, Selangor gagal meneruskan momentum terbaik mereka selepas dikejutkan oleh Sri Pahang menerusi kekalahan 0-1 di Stadium Darul Makmur (SDM) bersama prestasi mengecewakan.

Walaupun ada sedikit rombakan dibuat dengan Selangor turut menandatangani khidmat penyerang import baharu, namun ianya gagal meninggalkan impak terbaik untuk mereka sekurangnya meraih satu mata.

Bagi aksi seterusnya, para pemain Selangor perlu melupakan kekecewaan dialami pada perlawanan lalu dengan cepat untuk kembali mencipta kebangkitan pada aksi berdepan Penang.

“Kita tahu untuk pusingan kedua cabaran cukup besar, kita perlu bangkit daripada kekalahan itu (tewas kepada Sri Pahang, Ahad lalu).

“Saya sebagai jurulatih masih lagi yakin dengan kemampuan setiap pemain dalam pasukan dan saya yakin kalau kita tingkatkan dari perlawanan ke perlawanan, akan lebih baik di masa akan datang.

“Sudah tentu selepas kekalahan itu, memang sukar untuk mana-mana pemain atau pasukan menerima kekalahan, tapi dalam bola sepak kita kena kuat untuk bangkit untuk aksi berikutnya,” katanya menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.

Beraksi laman sendiri iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pastinya ia memberi kelebihan besar buat Selangor untuk cuba mengetepikan cabaran pasukan lawan.

Walaupun begitu, Penang ketika ini juga berada dalam momentum terbaik mereka selepas kejayaan mereka terdahulu untuk menewaskan The Red Warriors (TRW) Kelantan menerusi keputusan 4-3.

Pastinya kekuatan semasa Penang ketika ini diberi tumpuan Cheng Hoe untuk memastikan tiada sebarang kesilapan berlaku sepanjang aksi 90 minit berlangsung.

Tampil dengan ramai barisan pemain muda musim ini, Cheng Hoe dilihat masih lagi mencari keserasian terbaik para pemain di atas padang dengan beberapa gandingan baharu dibentuk.

Walaupun sedikit perlahan, perjalanan semasa mereka dalam carta Liga Super masih dianggap sangat menyakinkan untuk kini berada di kedudukan kedua terbaik di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apapun, pengendali tersebut perlu memastikan tiga mata kembali diraih oleh Selangor atau mereka akan berhadapan laluan lebih berliku selepas ini dalam aksi Liga Super kerana perbezaan kutipan mata sesama kelab lain tidak begitu jauh.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN