Tiada yang percuma dalam dunia ini dan begitu jugalah tentang ‘anthem’ Johor Darul Ta’zim (JDT), Pioneers, yang menyaksikan kolaborasi Joe Flizzow dan Snoop Dogg, dan agaknya berapa ‘featuring rate’ rapper itu?
‘Anthem’ itu menyaksikan JDT memasuki pasaran dan dunia baharu selain bola sepak iaitu muzik. Dan dengan kerjasama bersama rapper lagenda seperti Snoop Dogg, JDT tentunya serius untuk pecah masuk arena muzik.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata dalam sidang media tentang jenama JDT yang beliau mahu ‘pasarkan’ ke seluruh dunia. Ia akan memperkenalkan Johor dan juga Malaysia.
“Saya telah berulang kali katakan, ia bukan hanya sekadar kelab bola sepak. Ia adalah empayar. Saya bukan hanya mahu bina sebuah kelab bola sepak yang bertanding saban musim dalam liga bola sepak Malaysia, tetapi kami mahu dikenali termasuklah di peringkat antarabangsa. Jadi, itulah idea tentang JDT.
“Ini adalah salah satu jenama terbesar dalam dunia [Snoop Dogg]. Untuk ada kerjasama dengan jenama terbesar dalam dunia akan memberi kita ruang untuk kita kenalkan lagi nama kita di seluruh pelusuk dunia. Kita bercakap tentang 75 bilion ‘viewers’ selepas ini. Inilah JDT. Ini bukan ‘brand’ kacang ke apa.”
TMJ, sidang media kerjasama JDT dan Universal Music
TMJ turut berkata tentang impak dalam apa jua perkara yang beliau lakukan. Termasuklah dengan kerjasama bersama Nike, UNICEF dan sebagainya. Jadi untuk muzik, tentunya beliau tetap mahukan impak yang sama.
“Jika anda lihat video-video kami sebelum ini, anda boleh lihat kami telah buat banyak ‘cameo’ bintang bola sepak dunia. Kami pernah ada antaranya Luis Figo, Rivaldo, Alessandro Nesta dan Robert Pires. Dalam video muzik pula, jika hanya [sasarkan] untuk pasaran Malaysia, kami tidak akan capai apa-apa.
“Jika kami ada video muzik yang berkerjasama dengan bintang [muzik dunia], kami boleh pergi lebih jauh di peringkat antarabangsa. Ideanya adalah untuk terus membesar [empayar]. Ia mesti ada impak.
TMJ, sidang media kerjasama JDT dan Universal Music
Berapa agaknya ‘featuring rate’ Snoop Dogg dalam ‘anthem’ JDT? Artikel ini diambil dari sumber asal, iaitu Music Addicts Malaysia yang diolah semula. Ini kerana, muzik bukanlah bidang penulis untuk ulasan.
Snoop Dogg pada usia lebih 50 tahun adalah rapper veteran, seiring dengan era Tupac Shakur, Eazy-E, Dr Dre dan Notorious BIG yang berasal sejak 80-an lagi. Bermakna, sesetengah kita tidak begitu mengenalinya sebab Snoop Dogg tergolong dalam susur galur rap yang sangat purba. Teknik rhyme juga berbaur 90-an (Gin & Juice).
Rappers, terutama kategori A-List mempunyai kadar featuring yang tertentu dan pastinya, bukan murah. Artis dengan kapasiti skil atau muzikal tersendiri bukan orang-orang biasa dan anda perlu membayar mahal untuk khidmat hiburan mereka. Dan ini tentunya tidak terkecuali dengan rapper veteran seperti Snoop Dogg juga.
Semakin tinggi satus dan rating, semakin astronomikal kadar featuringnya. Jadi, untuk Snoop Dogg, walaupun rapper tua dan rhyming purba, beliau masih ada staying power tertentu untuk kadar featuring yang tinggi.
How Much Do Rappers Charge For Features? https://t.co/lIahApldE2
— Skyhousemusic (@Skyhousemusic) October 19, 2021
Berikut adalah kadar featuring artis-artis rap antarabangsa mengikut Music Addicts Malaysia:
21 Savage: US$120,000
Big Sean: US$150,000-200,000
The Roots: US$100,000+
Tyler, the Creator: US$75,000-125,000
Snoop Dogg: US$75,000-100,000
Kid Cudi: US$100,000
Post Malone: US$150,000-200,000
Ini pula kadar featuring lain seperti:
Drake: US$1 million per feature
Travis Scott: US$250,000
Nicki Minaj: US$150,000-250,000
Lil Yacht: US$65,000
Khalid: US$150,000
Jay-Z: US$1.5million
Megan Thee Stallion: US$50,000
Lil Wayne: US$75,000
MGK: US$50,000
Travis Barker: US$50,000
Rancangan '16 Baris' yang diterbitkan Joe Flizzow telah mendapat perhatian tokoh hip hop barat, Snoop Dog dan beliau mengakui tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia.@flizzow @SnoopDogg #GetaranMY | #Muzik https://t.co/7tkpNq60PU
— Getaran (@getaranmy) September 21, 2021
Jadi, berdasarkan senarai tersebut, anda sudah boleh agak berapa ‘featuring rate’ Snoop Dogg dengan JDT. Ia mungkin kurang lebih RM500,000 dan mungkin lebih dan ia mampu menjangkau hingga ke tujuh angka.
Dan ini komen TMJ tentang kos perbelanjaan yang JDT keluarkan untuk kolaborasi antarabangsa ini:
“Saya rasa kita keluarkan belanja besar juga, beratus ribu jugalah. Kita melihatnya dari segi pelaburan untuk mendapatkan sesuatu [pulangan]. Kita tidak akan melabur dalam sesuatu yang kita rasa tiada satu pulangan yang positif. Apa yang kita lakukan sentiasa ada agenda dan strategi [untuk realisasikannya].