“Kita Diam Orang Ingat Takdak Masalah”- Faisal Halim ‘Tembak’ Bekas Majikan?

Sebentar tadi, penyerang lincah kebangsaan iaitu Faisal Abdul Halim dilihat telah pun memuat naik satu status di Twitter dengan seolah-olah telah menyindir bekas kelab lamanya, Terengganu.

Seperti diketahui, Faisal sebelum ini mempunyai isu dalaman bersama pihak pengurusan Terengganu dan ia dinyatakan sendiri secara terbuka selain bekas pengendali pasukan tersebut iaitu Nafuzi Zain.

Menurut kenyataan Faisal, beliau telah menuntut hak lama yang tidak dipulangkan oleh bekas majikannya dan menjelaskan perkara itu tidak ada dalam mana-mana kontrak.

Faisal juga menyatakan beliau berdiam diri selama ini tidak bermakna dirinya tidak mengambil kisah, serta terus menuntut hak yang tidak dinyatakan secara jelas.

“Kita diam orang ingat kita takdak masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro,pulang kan hak saya.

“Mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa ikot akta mana ya? Jangan ingat kita diam kita tak kisah, dalam kontrak pon tak ada benda tu,guna kuasa mana ya?,” ulas Faisal di Twitter.

Musim ini menyaksikan Faisal sebenarnya menjadi antara pemain paling menonjol bersama Terengganu menerusi impak besar di posisi serangan.

Bersama Terengganu, Faisal berjaya membantu pasukan itu meraih kedudukan kedua Liga Super, naib juara Piala FA, serta separuh Piala Malaysia 2022.

Tidak sampai situ sahaja, sumbangan Faisal bersama negara juga dianggap sangat hebat musim ini, selepas pemain tersebut berjaya membantu Malaysia melangkah ke saingan Piala Asia 2023 secara merit.

Kecemerlangan Faisal akhirnya menarik minat Selangor untuk menandatangani khidmat beliau untuk musim hadapan bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan.

Walaupun sudah sah menjadi milik Selangor, nampaknya masih lagi ada beberapa isu yang belum diselesaikan antara pemain tersebut bekas kelab lamanya.

Walaupun begitu, Faisal menegaskan perkara tersebut hanya membabitkan beliau bersama pengurusan kelab dan dirinya tetap menghormati para penyokong pasukan tersebut.

Apapun yang berlaku kini, sebaiknya Faisal tidak perlu bersuara dahulu kerana bimbang akan menganggu persiapan beliau untuk perlawanan kedua Piala AFF malam esok, menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN