Tahun 2023 sebenarnya telah memperlihatkan ramai legenda yang sudah mengumumkan persaraan mereka dari dunia bola sepak dan kebanyakan mereka dianggap sebagai antara yang terhebat sepanjang zaman.
Dek kerana itulah tahun 2023 ini dianggap sebagai tahun berakhirnya era bagi sebahagian generasi penyokong bola sepak dengan ramai bintang besar sejak dua dekad lalu telah bersara pada tahun ini.
Ada antara mereka yang pernah menjulang Piala Dunia, Champions League dan banyak gelaran-gelaran domestik.
The players who retired in 2023… 💔🫡
"Life moves pretty fast. If you don't stop and look around once in a while, you could miss it." pic.twitter.com/h7Ru1ba1AI
— EuroFoot (@eurofootcom) October 14, 2023
Jika dilihat kepada senarai pemain yang bersara pada tahun ini, mereka sebenarnya adalah antara barisan pemain terbaik ketika era kegemilangan masing-masing.
Peminat yang membesar menyaksikan pemain-pemain ini bermain tentu saja akan berasa sedih dan kecewa melihat kesemua mereka ini bersara dari dunia bola sepak.
Ada antara pemain ini yang mungkin akan terus dikenang sebagai yang terhebat sepanjang zaman dan mungkin generasi-generasi akan datang juga akan terus mengenali mereka ini.
Berikut merupakan senarai 11 legenda yang sudah bersara dari dunia bola sepak bermula pada tahun 2023 ini.
1) Lucas Leiva
Lucas Leiva jelas sekali akan diingati sebagai nadi penting Liverpool dengan pemain midfield itu mengumumkan persaraanya secara rasmi pada awal tahun baru-baru ini.
Masalah kesihatan menyebabkan Leiva tak mampu lagi untuk meneruskan karier professionalnya dan terpaksa mengumumkan persaraanya.
Lucas Leiva pelo Liverpool:
🏟️ 346 jogos
⚽️ 7 gols
🅰️ 21 assistências🏆:
Copa da Liga Inglesa (11/12) pic.twitter.com/NCZY6GPlp3— Anfield Guys (@anfieldguys) October 13, 2023
Beliau sudah beraksi selama 18 tahun di peringkat senior dan beliau sebenarnya masih mahu terus bermain andai tiada masalah melibatkan kesihatannya.
Lucas menghabiskan tempoh selama sedekad di Anfield selepas menyertai kelab Inggeris itu dari Gremio dan menjadi antara legenda kesayangan peminat.
Walau bermula dengan agak hambar, namun Lucas kemudiannya berjaya menjadi antara defensive midfielder terbaik Premier League dan ketika hujung-hujung kariernya, beliau sempat bermain di posisi pertahanan tengah.
Selepas tidak mendapat tempat di bawah kendalian Jurgen Klopp, Lucas akhirnya memutuskan untuk berpindah dengan beliau kemudiannya menyertai Lazio sebelum bersara bersama bekas kelabnya, Gremio.
2) Joaquin
Tidak dinafikan lagi yang bintang Sepanyol ini sebenarnya sudah melalui karier yang sungguh menakjubkan selama dua dekad sebelum bersara pada penghujung musim 2022/23 di usia 41 tahun.
Tidak ramai sebenarnya pemain yang masih meneruskan karier mereka selepas mencapai usia 40 tahun walaupun untuk beraksi di liga bawahan.
Namun Joaquin masih tetap menjadi pemain utama untuk Real Betis dan beraksi dalam saingan La Liga walau usianya sudah mencapai 40 tahun.
Real Betis legend Joaquín retired from football yesterday ,he played more than 500 games, played 14 seasons and won two Copa del Rey titles.#RealBetis #Joaquin pic.twitter.com/bZiRRb1dm9
— Doyin (@IbidunniDoyin2) June 5, 2023
Joaquin sempat berhijrah ke Itali untuk beraksi bersama Florentina pada tahun 2013 hingga 2015 dan itulah satu-satunya kelab luar dari Sepanyol yang beliau sertai.
Beliau turut pernah beraksi bersama Valencia dan Malaga sebelum kembali ke Real Betis dan bersara bersama kelab kesayangannya itu.
Joaquin berjaya memenangi tiga gelaran Copa del Rey sepanjang kariernya dan yang pasti beliau akan dikenang sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah Real Betis.
3) Theo Walcott
Sama seperti Joaquin, bekas bintang kebangsaan England ini juga turut bersama ketika beraksi bersama kelab pertama beliau beraksi sebagai pemain bola sepak.
Walcott mengumumkan persaraanya selepas kecewa kelabnya, Southampton tersingkir ke saingan Championship dari Premier League pada musim lalu.
Beliau kini sudah mula menceburkan diri ke dunia pengulasan dengan bekas bintang Southampton itu sudah menandatangani kontrak bersama Sky Sports untuk musim 2023/24 ini.
Walcott menyertai Arsenal pada tahun 2006 ketika berusia 17 tahun dengan beliau kemudiannya telah membuat 300 penampilan bersama Gunners.
"He's a player that is so positive when he has the ball. He puts doubt into defenders minds"
Theo Walcott on Bukayo Saka 👇 pic.twitter.com/p7RrlvWk9h
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 8, 2023
Sepanjang tempoh tersebut, Theo Walcott berjaya membantu Arsenal untuk menjulang tiga gelaran FA Cup.
Bintang berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraanya ketika bercakap dalam temu bual bersama Gary Neville di podcast ‘The Overlap’ dengan menyatakan:
“Saya secara rasminya akan menggantung boots saya. Ia sangat menakutkan, saya tak tipu.”
4) Emmanuel Adebayor
Adebayor merupakan seorang pemain yang memang kerap dikaitkan dengan kontroversi ketika karier beliau dalam saingan Premier League.
Emmanuel Adebayor sebenarnya sudah sangat hampir untuk mencatatkan rekod 100 gol di pentas saingan Premier League, dengan beliau berjaya meledak 97 jaringan daripada 241 penampilan.
Gol-gol tersebut berjaya dijaringkan bersama beberapa kelab termasuk dua seteru utama, Arsenal dan Tottenham Hotspur.
Antara hal yang akan terus diingati oleh peminat adalah ketika beliau meledak gol untuk Manchester City dalam perlawanan bertemu Arsenal, dan beliau ketika itu meraikan gol dengan menganjing penyokong bekas kelabnya itu.
Adebayor says it's time to move on ⏰
Read more below 👇 pic.twitter.com/wLMJxjuigF
— talkSPORT (@talkSPORT) October 14, 2023
Adebayor tidak sempat menjulang banyak gelaran sepanjang kariernya namun melihat rekod beliau pernah dipinjamkan ke Real Madrid sudah cukup untuk membuktikan yang beliau sememangnya antara pemain paling underrated ketika zamannya.
5) Mesut Ozil
Daripada semua pemain dalam senarai ini, Ozil dianggap antara yang paling berjaya di dalam kariernya terutama memikirkan yang beliau pernah menjulang gelaran Piala Dunia bersama Jerman pada tahun 2014 yang lalu.
Pada ketika itu, beliau merupakan bintang besar di Emirates selepas melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid.
Bekas juara saingan La Liga itu turut menikmati karier yang menakjubkan di England selepas beliau cemerlang membantu Gunners memenangi 4 gelaran FA Cup.
Walau bagaimanapun, perjalanan karier beliau di London tidak berjaya seperti yang diharapkan dengan beliau sepertinya telah dizalimi oleh Arsenal sendiri.
🚨 Do You Know? Mesut Ozil is The Only Football Player in The History of Football to be TOP – Scorer/Assist Provider in a Single Campaign of:
— BUNDESLIGA 🇩🇪
— LA LIGA 🇪🇸
— WORLD CUP 🌍
— CHAMPIONS LEAGUE 😎
— PREMIER LEAGUE 🏴
— EUROS 🇪🇺
— EUROPA LEAGUE 🇪🇺 pic.twitter.com/8Vfmqc1w9D— AZR (@AzrOrganization) October 15, 2023
Selepas keluar dari Arsenal, beliau sempat beraksi di Turki selama dua musim sebelum akhirnya memutuskan untuk bersara terus dari dunia bola sepak.
6) Cesc Fabregas
Tentu saja ramai peminat yang akan mengenang semula bagaimana Fabregas menstabilkan karier beliau dari bintang muda menjadi antara nadi penting untuk skuad Arsenal.
Beliau bahkan turut pernah dilantik menjadi ketua pasukan Arsenal pada tahun 2008 lalu ketika berusia baru 21 tahun.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan nadi penting Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger dan aksi hebat yang beliau pamerkan berjaya menarik minat Barcelona untuk kembali mendapatkannya pada tahun 2011.
Fabregas boleh dikatakan telah memenangi setiap piala yang boleh beliau menangi sepanjang kariernya termasuk Piala Dunia dan Euro bersama Sepanyol.
🗣️Cesc Fabregas on how much the #Arsenal training facilities have changed since he played for the Gunners: “It was like I was never there before. Only the entrance was similar. The rest, the whole building, is completely new. It’s much bigger, the resources they have in terms of… pic.twitter.com/0v4etqre59
— Arsenal News Channel (@Arsenalnewschan) October 14, 2023
Musim pertama beliau kembali ke England memperlihatkan Fabregas cemerlang membantu Chelsea untuk menjuarai gelaran Premier League.
Beliau sempat menyertai Como dalam aksi saingan Serie B sebelum mengumumkan persaraanya pada tahun ini.
7) Gianluigi Buffon
Buffon tidak dinafikan lagi sememangnya antara penjaga gol yang dianggap terhebat dan ikonik sepanjang zaman.
Penjaga gol kebangsaan Itali itu dianggap legenda Juventus selepas beliau beraksi untuk gergasi Serie A itu selama 19 tahun secara keseluruhannya.
Perpindahan pertama beliau dari Parma ke Turin telah memperlihatkan bagaimana beliau memecah rekod perpindahan termahal dunia untuk seorang penjaga gol.
Hal itu saja sudah cukup untuk membuktikan tentang bagaimana hebat dan cemerlangnya seorang penjaga gol bernama Buffon.
Karier beliau bersama Juventus sememangnya antara yang sungguh menakjubkan dengan beliau bersama rakan sepasukannya berjaya mendominasi Serie A pada ketika itu.
🇮🇹 Gianluigi Buffon's highest rated performance:
🗓️ 2009/10: Juventus 🆚 Livorno – 9.40 https://t.co/t6tM1hAOz3 pic.twitter.com/Rc9GyFUNuf
— WhoScored.com (@WhoScored) October 12, 2023
Pencapaian terbaik sepanjang kariernya adalah memenangi 10 gelaran Serie A dan gelaran Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Itali pada tahun 2006.
Buffon akhirnya sah bersara pada musim panas lalu di usia 45 tahun dan tidak dinafikan lagi yang beliau berhak untuk dianggap sebagai antara penjaga gol terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.
8) Eden Hazard
Nasib sememangnya tidak menyebelahi Hazard sejak awal kariernya bersama Real Madrid dan jelas sekali ia bukanlah satu hal yang beliau sendiri pernah bayangkan.
Sepanjang kariernya di Santiago Bernabeu, Eden Hazard hanya mampu menjaringkan tujuh gol sahaja dari 76 penampilan dalam semua pertandingan.
Masalah kecederaan dan kecergasan merupakan antara faktor yang mengganggu kariernya di Sepanyol, namun harus diakui yang semua orang tahu kemampuan sebenar bintang Belgium itu.
Jika dilihat kepada kariernya sebelum menyertai Real Madrid, harus diakui yang Hazard sememangnya berhak untuk dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.
Hazard berjaya memukau peminat seluruh dunia atas aksi hebatnya di Perancis dan boleh dikatakan banyak kelab-kelab gergasi Eropah yang berusaha mahu mendapatkan khidmatnya pada tahun 2012 yang lalu.
BREAKING: Eden Hazard has retired from professional football at the age of 32. pic.twitter.com/9JWetp51NA
— ESPN FC (@ESPNFC) October 10, 2023
Chelsea merupakan kelab yang berjaya mendapatkan khidmatnya dan jelas sekali keputusan kelab untuk menandatangani beliau adalah satu keputusan yang sangat tepat.
Beliau merupakan mimpi ngeri untuk pemain-pemain pertahanan di pentas Premier League dan selama tujuh tahun di England, beliau dianggap antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak pada ketika itu.
Ketika di Stamford Bridge, beliau berjaya membantu kelab memenangi dua gelaran Premier League dan dua gelaran Europa League.
9) Gareth Bale
Bale merupakan antara pemain yang paling banyak memenangi piala sepanjang kariernya di peringkat kelab, namun sayangnya pihak kelab sepertinya tidak begitu menghargai beliau.
Lima gelaran Champions League jelas sekali merupakan antara kejayaan yang sangat sukar untuk dicapai oleh mana-mana pemain.
Apa yang lebih menarik lagi, beliau juga merupakan antara nadi penting yang membantu Real Madrid memenangi kesemua lima gelaran Champions League itu.
Kariernya bersama Real Madrid merupakan antara yang paling cemerlang untuk bintang Wales itu, namun sayangnya beliau tidak begitu dihargai oleh kelab dan penyokong sendiri.
Bersama skuad kebangsaan Wales, Gareth Bale cemerlang membantu negaranya untuk layak ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2016.
Ketika bersama Tottenham Hotspur, pemain sayap itu merupakan antara pemain kesayangan peminat dan beliau sangat-sangat dikagumi atas kehebatannya.
https://twitter.com/mracb00001/status/1712329633386143785?t=zsRuMUp-1rxQDia5OM70Kw&s=19
Peminat juga tidak terkejut ketika melihat Bale mengumumkan persaraanya di usia 34 tahun walau beliau sebenarnya masih lagi boleh bermain.
Hal ini kerana beliau sepertinya sudah tidak berminat dengan sukan bola sepak lagi dan lebih tertarik dengan sukan golf.
10) Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovich juga merupakan antara pemain yang masih beraksi walau sudah berusia 40 tahun dan ramai peminat percaya beliau mampu bermain walau hingga berusia 50 tahun.
Dek kerana beliau dibelenggu dengan beberapa siri kecederaan ketika bersama AC Milan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zlatan akhirnya memilih untuk bersara terus dari dunia bola sepak.
Bintang berusia 42 tahun itu telah beraksi bersama beberapa kelab gergasi di beberapa negara seperti, Manchester United, Barcelona, Ajax, Juventus, PSG dan banyak lagi.
496 gol dari 827 perlawanan sepanjang kariernya menunjukkan yang Zlatan jelas sekali merupakan antara pemain penyerang yang sungguh luar biasa.
Tak ramai pemain yang akan mampu untuk melakukan hal sama seperti apa beliau lakukan, terutama melihat bagaimana beliau beraksi walau sudah berusia 40 tahun.
🗣️ #Zlatan #Ibrahimovic: "When I returned I said in the first conference that I would bring Milan back to winning: at that moment I realised that I had succeeded." pic.twitter.com/hjsCEFdXWS
— Milan Posts (@MilanPosts) October 15, 2023
Zlatan sudah berjaya menjulang begitu banyak gelaran domestik, namun sayangnya beliau gagal untuk menjulang gelaran Champions League sebelum mengakhiri kariernya.
11) David Silva
David Silva juga merupakan antara pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, terutama selepas melihat pencapaian-pencapaian beliau.
Dua gelaran Euro dan satu gelaran Piala Dunia sudah cukup untuk membuktikan yang beliau merupakan antara pemain paling berjaya di pentas bola sepak antarabangsa.
Di peringkat kelab juga beliau turut berjaya memenangi pelbagai gelaran, terutama ketika kariernya bersama Manchester City.
Sama seperti Zlatan, walau beliau sudah berjaya memenangi pelbagai kejuaraan di pentas domestik, namun sayangnya beliau tidak pernah menjulang gelaran Champions League.
Beliau dianggap sebagai antara legenda terhebat sepanjang zaman Manchester City dan hal itu diakui sendiri oleh para penyokong The Citizens.
Vintage David Silva 🧙♂️@21LVA ✨ pic.twitter.com/aNhN3uybFq
— Manchester City (@ManCity) October 15, 2023
Sepanjang kariernya, David Silva berjaya memenangi empat gelaran Premier League, 2 gelaran FA Cup, 5 league Cup dan dua gelaran Spanish Super Cup.
Penyokong-penyokong Sepanyol dan Manchester City,jelas sekali akan sangat bersedih atas persaraan beliau dan tentu saja akan merindui aksi hebatnya di atas padang.
Untuk korang pula, siapa pemain terbaik atau legenda menurut kalian yang sudah mengumumkan persaraan mereka pada tahun 2023 ini? Bincangkan diruangan komen.