Pengendali skuad bawah 23 kebangsaan (B-23), Brad Maloney pastinya menjadi individu paling bekerja keras untuk mempersiapkan barisan pemainnya menjelang aksi getir mereka pada perlawanan pertama menentang Thailand dalam temasya Sukan SEA kali ini di Hanoi, Vietnam.
Tambahan lagi beliau pastinya ingin mengembalikan rasa yakin buat para penyokong setelah aksi hambar pada saingan AFF bulan Februari lalu menjadi salah satu punca kritikan dari segenap arah kepada skuad kendaliannya.
Namun Maloney menyakinkan kepada semua mengenai kelainan yang bakal ditampilkan skuad kendaliannya kali ini apabila beliau sudah pun mendapat barisan pemain yang lebih baik berbanding saingan AFF lalu.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney diberikan peluang untuk meninjau keadaan padang Stadium Thien Truong, Nam Dinh menjelang aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Thailand B-23 pada Sabtu ini, 7 Mei 2022.
▶️ Baca penuh di https://t.co/yBpzNQktJV pic.twitter.com/3gNZdDysLY
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 5, 2022
“Itu situasi yang berbeza dan saya lebih suka untuk berfikir yang kita mendapat pemain utama yang sudahpun bersama kita sejak kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan juga kejohanan sebelum itu.
“Saya rasa ini kelompok pemain yang baik dan petunjuk positif dapat disaksikan sepanjang sesi latihan dan juga dalam dua aksi persahabatan sebelum ini.
“Kalau semuanya mengikut perancangan, saya optimis kita akan menjadi lebih kompetitif,” kata Maloney menerusi Berita Harian.
Dalam Sukan SEA edisi kali ini, anak buah Maloney telah ditempatkan dalam Kumpulan B bersama jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand, Kemboja, Singapura, dan Laos.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney turun menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province malam ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/NIjZThzJ4G pic.twitter.com/DM6jYbEzGi
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 4, 2022
Selain misi memburu emas, skuad muda kebangsaan juga menjadikan Sukan SEA ini sebagai medan buat mereka mempersiapkan diri dalam saingan lebih besar iaitu Piala AFC B-23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan pada bulan hadapan.
Selain itu, Maloney juga melihat semua perlawanan peringkat kumpulan tersebut sebagai sesuatu yang penting sambil menegaskan tiada aksi mudah bakal diharungi mereka jika ingin mencapai emas dalam Sukan SEA kali ini.
“Thailand adalah gergasi bola sepak Asia Tenggara dan kita berdepan kesukaran menentang Laos di AFF sebelum ini. Satu saingan di peringkat kumpulan yang begitu mencabar.
“Ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum aksi pertama tetapi setakat ini semuanya bergerak dalam keadaan yang baik,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!