3 Kisah Bagaimana ‘Superfan’ Menyatukan Seluruh Peminat Bola Sepak

Dalam bola sepak, pelbagai peristiwa yang telah berlaku yang menyatukan hati kita semua.

Antaranya peristiwa tragedi nahas kapal terbang melibatkan pasukan Chapecoense. Ketika seluruh dunia mendapat khabar mengenai berita itu, seluruh dunia turut berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada pasukan tersebut.

Begitu juga apabila seluruh dunia berasa gembira melihat kanak-kanak Afghanistan iaitu Murtaza Ahmadi berjaya juga bertemu dengan idolanya, Lionel Messi.

Artikel kali ini kami ingin bercerita mengenai superfan? Tetapi apa itu superfan?

Superfan adalah terma yang diberikan kepada penyokong yang biasanya penyokong cilik yang bertarung dengan penyakit kronik sejak usia yang cukup muda.

Walaupun mempunyai penyakit yang kronik, superfan tetap tidak berhenti menyokong pasukannya sepenuh hati.

Oleh itu, kami bawakan 3 kisah mengenai superfan untuk anda semua!

Tommy Mckay – Dundee United

Tommy Mckay  bukanlah kanak-kanak yang berusia 5 atau 6 tahun sebaliknya beliau adalah pemuda berusia 32 tahun.

Beliau merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana beliau hanya mempunyai 1 kaki sahaja.

Hal ini kerana, Mckay sebelum ini pernah mengalami penyaki kanser tulang yang memaksa 1 kakinya dipotong.

Akan tetapi, ia tidak menghalang Mckay untuk terus menunjukkan cintanya terhadap kelab yang disokongnya iaitu Dundee United.

Ketika perlawanan menentang Dunfirmline Athletic, Mckay telah menyertai acara selingan ketika rehat separuh masa.

Mckay menyertai cabaran untuk menjaringkan gol. Dan beliau lakukannya dengan cukup cemerlang!

Mckay membawa bola dari tengah padang dan sebaik saja tiba di kotak penalti untuk situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, Mckay telah menyungkit bola itu ke dalam gol!

Gol itu disambut meriah oleh penonton yang hadir ke stadium serta diberikan tepukan gemuruh dari mereka.

Lebih indah untuk Mckay apabila golnya itu menjadi tular (viral) dan dicalonkan untuk Scottish Premiership Goal of the Month untuk bulan November.

Anugerah itu berjaya dimenangi oleh Mckay, dan beliau ternyata gembira dengan kemenangan itu.

https://www.youtube.com/watch?v=_kXCFHdAgtw

“Saya amat gembira dan tak percaya gol saya dicalonkan bersama-sama dengan gol dari pemain profesional.”

“Ia sungguh bermakna buat saya kerana saya cuma pernah bermain di peringkat amatur sahaja.”

Bradley Lowery – Sunderland

Untuk masa kini, Bradley Lowery (gambar bawah) adalah superfan yang paling mendapat perhatian ketika ini.

Beliau merupakan penyokong cilik untuk pasukan Sunderland di Premier League dan mengalami penyakit kanser neuroblastoma iaitu sejenis kanser yang tumbuh di beberapa tisu saraf seperti di kelenjar gland, leher dan dada.

Cerita mengenai Lowery ini telah mendapat perhatian meluas media dan kutipan derma telah berjaya dikutip sebanyak £700 ribu untuk menampung pembedahannya di Amerika Syarikat.

Selain itu, kelab Everton juga telah menyumbang £200 ribu untuk membantu keluarga Lowery. 

Namun begitu, semua itu seakan sia-sia apabila ibunya berkata kanser yang dihadapi oleh anaknya itu tidak boleh diubat dan anak kecilnya hanya mempunyai masa beberapa bulan sahaja untuk hidup.

Oleh kerana itu, Sunderland telah melakukan sedaya upaya mereka untuk memberikan kenangan terindah untuk penyokong cilik mereka.

Sunderland telah memilih beliau sebagai maskot perlawanan untuk memimpin tangan pemain Chelsea ke padang.

Selain itu, mereka juga telah meminta semua penyokong di Stadium of Light untuk memberikan tepukan yang cukup gemuruh untuk Lowery pada minit ke-5 permainan.

Mereka juga memberi peluang kepada Lowery untuk menjaringkan penalti ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung. Dan ia tidak dilepaskan oleh Lowery!

Sebelum perlawanan antara Sunderland dan Chelsea juga, Lowery telah menerima jersi Sunderland yang dihadiahkan oleh musuh setempat mereka iaitu Newcastle United!

Jay Beatty – Celtic

Seorang lagi superfan yang mendapat tumpuan dunia adalah Jay Beatty yang merupakan penghidap masalah down syndrome serta peminat setia Celtic.

Beliau terkenal kerana beliau mempunyai hubungan persahabat dengan bekas pemain Celtic, Georgios Samaras.

Beatty telah diiktiraf sebagai superfan secara rasmi oleh kelab dan menjadi duta kepada Celtic Foundation Charity.

Semuanya bermula apabila Samaras mendukung Beatty ketika lap of honour selepas Celtic menjadi juara untuk Scottish Premiership untuk musim 2013/2014.

Selain itu juga, Beatty pernah menerima pingat kemenangan liga oleh bekas pengurus Neil Lennon pada hari yang sama.

Seperti Tommy Mckay, Beatty juga pernah memenangi anugerah Scottish Premiership Goal of the Month untuk bulan Januari pada musim 2014/2015!

Gol beliau terhasil ketika pertunjukkan separuh masa semasa perlawanan antara Hamilton Academical dengan Celtic.

Kemenagannya itu mendapat liputan seluruh dunia. Dan rakan baiknya iaitu Samaras yang ketika itu bermain di Al-Ahli, telah merakamkan video ucapan tahniah untuknya.

Baca juga: 4 Kisah Pelik Pemain Bola Sepak & Kerakyatan Negara Yang Dipilih

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN