Kisah Rakyat Malaysia Sepakat Derma RM1 Seorang Bantu Kerajaan Siar Siaran Langsung Piala Dunia 1982

Kepesatan industri siar raya di Malaysia membenarkan rakyat Malaysia menyaksikan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia secara siaran langsung.

Sebelum zaman di mana semua rumah boleh dikatakan melanggan Astro, dahulunya rakyat Malaysia hanya bergantung harap kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar siaran langsung Piala Dunia. Itupun hanya sekadar perlawanan-perlawanan terpilih.

Pada hari ini keadaaan berbeza sama sekali. Anda boleh menyaksikan semua perlawanan di mana sahaja, termasuk secara penstriman dengan aplikasi yang disediakan oleh syarikat penyiar digital negara.

Era RTM

Pernah terjadi semasa Piala Dunia 1982 di Sepanyol, RTM mengumumkan hanya akan menyiarkan empat perlawanan sahaja disebabkan faktor kos hak penyiaran yang terlalu tinggi.

Empat perlawanan tersebut membabitkan: perlawanan pembukaan di antara Belgium dan Argentina, dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Tapi bagi rakyat Malaysia yang gila bola, empat perlawanan mana cukup! Harus diingat pada zaman itu tidak mudah untuk anda mendapatkan update terkini perlawanan bola sepak. Tiada capaian internet atau LiveScore mahu pun You Tube untuk menikmati gol dan drama yang terhasil di Piala Dunia.

Nak tayangkan lebih banyak perlawanan, RTM dan pihak kerajaan tidak mampu. Takkan nak layan perlawanan pembukaan, dan alih-alih terus separuh akhir dan perlawanan akhir!?

Cadangan bernas Peter Teoh

Sebagai usaha terakhir seorang peminat bola sepak yang bernama Peter Teoh menulis surat kepada akhbar The Malay Mail untuk mencadangkan supaya sebuah tabung kutipan derma diwujudkan.

Dana tabung ini membolehkan rakyat Malaysia untuk menyumbang RM1 seorang supaya dapat disalurkan kepada RTM untuk membeli lebih banyak hak siaran langsung perlawanan.

Pada 19 Jun 1982, The Malay Mail melancarkan tabung tersebut yang dinamakan ‘Dana Rakyat Siaran Langsung’.

Objektif tabung tersebut adalah untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin untuk membeli hak siaran perlawanan yang berjumlah kira-kira RM60,000 satu perlawanan.

Keratan akhbar mengenai dana tersebut pada era itu.

Hasilnya sebanyak RM300,000 berjaya dikumpul dan empat siaran tambahan disediakan oleh RTM.

Sudah tentu, turut menghulurkan sumbangan pada ketika itu adalah orang kenamaan seperti Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan YDPA ke-7, Sultan Ahmad Shah.

Dan perkara yang paling membanggakan adalah ketika perlawanan tersebut disiarkan, tertera di skrin TV perkataan ‘Ditaja oleh Rakyat Malaysia’.

Hanya dengan RM1 seorang, rakyat Malaysia pada ketika itu boleh menyaksikan lebih banyak aksi Piala Dunia 1982.

Kembali pada zaman sekarang, berapa pula nilai RM1 hari ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN