Pemain pertahanan kanan Aston Villa akhirnya berpeluang untuk membuat penampilan di peringkat antarabangsa, bukan mewakili negara kelahirannya, England, tetapi Poland iaitu negara yang menjadi tempat datuknya ‘dihalau’ 81 tahun lalu.
“Saya kehilangan datuk saya enam tahun lalu. Dia pastinya berbangga jika dapat lihat saya mewakili Poland pada hari ini,” ujar Cash dalam temubualnya bersama The Guardian.
Ada kisah yang menarik berkaitan peristiwa Perang Dunia ke-2 yang menjelaskan bagaimana pemain kelahiran Slough berusia 24 tahun itu layak mewakili negara yang pernah dikuasai regim Nazi satu masa dahulu.
“Ia cerita yang gila sebenarnya. Agak rumit untuk dijelaskan.”
"We’ve just lost Matty Cash to Poland, who is another good young right-back – it’s an area of the team where we’ve got a lot of competition for places and the fight is incredibly intense,"
🗣Gareth Southgate via English FA Presser pic.twitter.com/CdJBf7Ivgx
— PSN Futbol (@PSN_Futbol) November 6, 2021
Derita peperangan
Ryszard Tomaszewski, datuk Cash dilahirkan tiga tahun sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2 di bandar Stanislawow – yang merupakan sebahagian dari Republik Poland tetapi sekarang di dalam Ukraine (dinamakan Ivano-Frankivsk).
Bapa Ryszard, Wladyslaw terbunuh di dalam peperangan yang membawa kepada kemusnahan bandar tersebut. Jutaan nyawa terbunuh dan keluarga yang terselamat hidup dalam kesengsaraan di tangan tentera Nazi dan kemudian Tentera Merah.
Pada 1940, selepas Soviet Union menakluki dan mengawal bandar Stanislawow, Ryszard bersama ibu serta dua kakaknya telah dihantar ke kem buruh di Siberia dan berada di sana selama dua tahun.
On September 1, 1939, Nazi Germany started World War 2 by invading Poland. Today we pay tribute to all the victims of #WW2, including millions 🇵🇱 citizens.
WW2 gave the world a terrible lesson about where aggression, hatred and intolerance can lead to. pic.twitter.com/s2HmTC4spa
— Poland in the UN (@PLinUN) September 1, 2021
Setahun kemudian, Soviet Union di bawah pimpinan Stalin memerlukan sekutu baharu. Maka termeterailah Perjanjian Sikorski-Mayski yang ditandatangani di London di antara Perdana Menteri Poland dan Duta Soviet Union.
Bulan berikutnya, Stalin telah memberi ‘pengampunan’ kepada puluhan ribu warga Poland yang ditahan di kem Soviet. Keluarga Tomaszewski akhinya bebas dari derita peperangan dan berpeluang membina kehidupan baharu.
Kehidupan baharu
Pada awalnya mereka berhijrah ke Iran, kemudian ke India dan seterusnya ke Tanganyika, sebuah negara berdaulat di Afrika yang mana pemerintah British bersetuju untuk mendirikan sebuah kem untuk menampung 6,000 orang pelarian Poland yang pernah menjadi tawanan Soviet.
Tarehe 27 August 1942 wakimbizi 1,400 kutoka Poland waliwasili kwenye bandari ya Tanga nchini Tanganyika.
Baadae walisafirishwa kwenda sehemu zingine ikiwemo Tengeru, Arusha. Pichani ni watoto wa familia za ki-Polish wakiwa Tengeru. #Historia pic.twitter.com/sipnnCPFsY
— Jeff Msangi® (@msangijeff) August 26, 2021
Pada 1948, selepas enam tahun di Afrika, keluarga Tomaszewski berlayar kembali ke Eropah dan berlabuh di Liverpool dengan harapan itulah destinasi terakhir
Ketika itu Ryszard berusia 12 tahun. Beliau mendapatkan pendidikan yang baik di sekolah. Hasil usaha keras, beliau ditauliahkan sebagai jurutera sebelum bertemu seorang wanita Poland, Janina yang mengunjungi kakaknya di Ealing pada 1964.
Ryszard dan Janina jatuh cinta dan berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan, Barbara iaitu ibu kepada Matty Cash. Bapanya iala Stuart Cash, bekas pemain bek kiri yhang bermain untuk beberapa kelab termasuk Chesterfield, Brentford dan Rotherham.
OTD 2002 – Stuart Cash’s first home match as caretaker is a great success, as the Shots return a 4-0 win v Bedford Town. The game sees two goals from Stafford Browne plus contributions from Richard Gell and Jason Chewins pic.twitter.com/ORE0EhvNxN
— Aldershot Attic (@shotsremembered) February 9, 2021
Polisi naturalisasi FA Poland
“Ini merupakan saat indah untuk seluruh keluarga saya, terutamanya keluarga sebelah ibu saya,” ujar Cash mengenai panggilan pertamanya menyertai skuad kebangsaan Poland.
“Saya mempunyai hubungan dengan Poland, tetapi saya tidak pernah ke sana dan bertemu mereka. Namun ibu saya kerap berhubung dengan keluarga besarnya di Poland dan mereka semua sangat teruja.
“Malah respon dan sambutan yang saya dapat di media sosial juga sukar dipercayai. Saya tak sabar untuk bertemu semua orang. Walaupun saya hanya boleh bertutur sedikit sahaja bahasa Poland, tetapi ibu saya boleh bercakap dengan lancar dan dia akan bantu saya untuk memperbaikinya selepas ini.”
Matty Cash is making headlines in Poland 🇵🇱👏
"𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗹𝘂𝗰𝗸! 𝗙𝗶𝗿𝘀𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗰𝗶𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻𝘀𝗵𝗶𝗽, 𝗻𝗼𝘄 𝗮 𝗰𝗮𝗹𝗹-𝘂𝗽"#AVFC pic.twitter.com/09x2E2P1Et
— Aston Villa News (@AVFC_News) November 3, 2021
Keinginan Cash untuk mewakili negara itu bukan baru. Sebelum ini presiden FA Poland yang lama, Zbigniew Boniek mempunyai polisi untuk tidak mendapatkan pemain naturalisasi. Jadi semasa kali pertama Cash menghubunginya, permintaannya telah ditolak. Tetapi ia berubah apabila Cezary Kulesza diangkat sebagai presiden baharu pada Ogos lalu.
“Presiden sebelum ini tak layan pun permohonan saya. Bukanlah dengan cara kasar, tetapi dia tak mahu ‘pemain luar’ seperti saya main untuk Poland. Tetapi presiden baharu ini lebih terbuka dan dia banyak membantu semua urusan diselesaikan secepat mungkin. Begitu juga dengan pengurus [Paulo Sousa]. Mereka banyak membantu untuk menyegerakannya.”
Pada Oktober, permohonannya untuk mendapatkan pasport Poland telah diluluskan. Beberapa hari sebelum ke kedutaan Poland, Sousa menghubunginya dan mengajaknya untuk berjumpa.
“Jadi perjumpaan kami berlangsung dengan positif. Dalam perbualan itu saya diterangkan bagaimana pasukan ini akan bermain dari segi taktikal, formasi dan kaedah latihan.
🇵🇱 Matty Cash has arrived at Poland's training camp in Spain.
First thing the national team chef asks him: "Do you like Pierogi?"
🍽️ 🥐 pic.twitter.com/hfiwHg2amx
— PSN Futbol (@PSN_Futbol) November 7, 2021
“Saya dapat rasakan saya dapat sesuaikan diri dengan semuanya 100 peratus. Saya dah tonton cara permainan mereka, bagaimana semangat dan agresifnya cara mereka bermain dan diharapkan saya dapat melaksanakan seperti itu juga.
“Mereka sudah terangkan tentang kepentingan saya di dalam skuad ini. Perlawanan yang akan dihadapai sebelum ini amat penitng dan saya sudah bersedia untuknya. Aksi berdepan Hungary mungkin menjadi debut saya untuk Poland. Saya akan lakukan segalanya untu pastikan pasukan ini layak ke Piala Dunia.”