Sejak era pemilikan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sehingga kini oleh Sheikh Mansour, Manchester City telah membawa masuk ramai pemain.
Sebagai salah sebuah pasukan yang kaya, ia seperti sudah kebiasaan untuk melihat Manchester City berbelanja besar di setiap jendela perpindaan pemain sejak beberapa musim lalu.
Sebahagian daripada rekrut yang dilakukan membuahkan hasil. Nama-nama seperti Sergio Aguero, David Silva, dan Kevin de Bruyne dianggap sebagai antara pembelian yang berbaloi.
Manakala nama-nama seperti Fernando, Nolito, atau pun Eliaquim Mangala hampir menjadi watak yang tidak dikenali di Etihad. Namun dalam banyak-banyak pembelian, Man City turut pernah melakukan satu pembelian yang dianggap paling aneh di era Pep Guardiola
Resume gah kerana Man City
Mix Diskerud adalah seorang pemain bola sepak dari Amerika Syarikat, tetapi kini beraksi di Cyprus bersama kelab Omonia Nicosia.
Kami yakin ini bukan kali pertama anda mendengar nama kelab seperti Omonia Nicosia. Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Herold Goulon misalnya, pernah beraksi bersama kelab tersebut dari 2015-2016.
Goulon tiba di Omonia Nicosia dengan reputasi besar kerana pernah beraksi di Premier League bersama Blackburn Rovers.
DONE DEAL: Mix Diskerud has joined Man City from Göteborg, signing a four-and-a-half year contract. pic.twitter.com/qiqz3Nw4P8
— Squawka Live (@Squawka_Live) January 27, 2018
Tidak seperti Goulon, nasib dan perjalanan karier Diskerud adalah berbeza. Beliau terlebih dahulu terpaksa menjalani sesi pemilihan sebelum diserap menyertai kelab Cyprus itu – walaupun mempunyai CV yang gah kerana pernah direkrut oleh Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola.
Perpindahan ke Omonia Nicosia ini hanyalah sekelumit kisah aneh dalam karier Mix Diskerud. Selain daripada pernah bergelar pemain bola sepak profesional, tdak ramai yang tahu secara teknikalnya, Mix Disrekud sebenarnya juga adalah seorang karyawan dan penyair.
Lalu, bagaimana seorang karyawan atau penulis puisi seperti Mix Diskerud boleh direkrut oleh kelab sebesar Manchester City?
Penglibatan di dalam bola sepak
Ibu Mix Diskerud adalah warga Amerika Syarikat dan ayahnya pula berasal dari Norway. Beliau dilahirkan di Oslo pada 2 Oktober 1990.
Membesar di Oslo, perkembangan karier bola sepak Diskerud juga sama seperti mana-mana pemain lain di Eropah. Pada peringkat awal pembabitan, beliau beraksi bersama skuad remaja Stabaek IF di Norway.
Berjaya mendapatkan tempat di dalam skuad utama Stabaek IF pada usia 18 tahun, nama Diskerud pantas menjadi popular selepas menjaringkan gol dalam debutnya bersama Stabaek. Hal ini membuat namanya pantas menarik perhatian kelab-kelab Eropah.
"The 31-year-old was touted as a future star of American soccer but he failed to live up to the hype, instead becoming one of the game's great enigmas." 🤷♂️
— GOAL News (@GoalNews) October 16, 2021
KAA Gent dari Belgium menjadi kelab pertama yang berjaya melamar Diskerud keluar dari Norway. Beliau kemudiannya pantas disambar oleh New York City FC pada 2015, selepas beraksi seketika bersama Rosenborg.
Pada mulanya Diskerud cemerlang bersama kelab baharunya di Amerika Syarikat. Sayangnya ia hanya kekal seketika. Selama dua musim bersama kelab tersebut, pemain tengah itu hanya mampu menghasilkan empat gol dari 41 penampilan.
Seorang penyair yang kritis
Selain aktif sebagai pemain bola sepak, Mix Diskerud juga merupakan seorang karyawan. Beliau gemar melontarkan kritikan dan pendapat tentang topik yang hangat melalui puisi-puisi yang dihasilkannya.
Pendapat dan kritikan Diskerud sering ditulis di dalam puisinya yang berkisar mengenai situasi politik di Amerika Serikat, Liga Super Eropah (ESL), sehinggalah kepada isu gaji sama rata di kalangan pemain bola sepak Amerika Syarikat.
By Xolos impressed
by Pushkins caressed
Tjernen falsely second-guessed
MLS-fans' ambitions stressed
Qatarsis? – yet not at all depressed
— Mix Diskerud (@MixDiskerud) December 22, 2014
Bahkan, Mix Diskerud juga pernah secara terbuka mengkritik klubnya sendiri, New York City FC, melalui puisi yang digubahnya dan dimuat naik ke Instaram.
Tidak lama selepas puisi kontroversi itu ditulis pada 2016, tiba-tiba Manchester City – kelab induk City Group – merekrut pemain tengah itu dengan kontrak selama 4 tahun setengah!
Pembelian kejutkan penyokong
Perpindahan Diskerud ke Etihad menimbulkan tanda tanya di kalanan peminat dan penyokong Manchester City pada 2018. Ini kerana pemain itu tidak pernah menampilkan prestasi yang membanggakan. Bagaimana mungkin Pep Guardiola akan menggunakannya?
Sukar untuk mana-mana penyokong Man City menerima pembelian tersebut. Namun di mata kebanyakkan pengikut bola sepak Inggeris, Mix Diskerud hanyalah seorang rekrut aneh dilakukan oleh Man City.
Here’s our story on Man City reportedly signing journeyman midfielder Mix Diskerud to a lengthy contract https://t.co/jP4rpAXPi4
— CalcioMercato (En) (@CmdotCom_En) January 27, 2018
Tanggapan tersebut menjadi sedemikian rupa kerana Diskerud sering kali diberikan peluang beraksi bersama skuad B-23 untuk membuktikan kemampuan dirinya.
Walaupun berusia 26 tahun, beliau sudah gagal bersaing dengan pemain yang lebih muda di tahap itu.
Penutup
Akhirnya Diskerud tidak pernah tampil dalam satu perlawanan pun untuk skuad utama Pep Guardiola. Sepanjang tempoh kontrak bersama City, beliau dipinjamkan ke beberapa kelab serata Eropah dan juga Asia.
Anenya beliau masih mendapat kepercayaan untuk beraksi bersama skuad Kebangsaan Amerika Syarikat. Sempat melakukan 38 penampilan untuk negaranya, Diskerud turut menjaringkan 6 gol antarabangsa.
Bahkan nama Mix Diskerud turut pernah tersenarai sebagai anggota skuad Amerika Syarikat yang beraksi di Piala Dunia 2014 – walaupun tidak beraksi dalam semua perlawanan di kejohanan tersebut.