Sepanyol memiliki peraturan tersendiri untuk pasukan B yang juga digelar pasukan simpanan.
Pasukan B adalah idea yang sangat baik dalam membantu bakat di peringkat awal atau remaja untuk menimba pengalaman dalam pasukan utama dengan merasai suasana musim liga secara profesional.
Ini untuk mengelakkan terlalu ramai pemain muda berbakat yang gagal mendapat aksi profesional yang kompetitif.
Di Sepanyol setiap kelab mempunyai akademi belia mereka tersendiri. Mereka juga ada pasukan B-8 dan B-10. Pemain pada fasa ini lebih diberikan kebebasan untuk berkembang secara semulajadi.
Mereka biasanya tinggal berdekatan ibu bapa mereka.
Jika di England, mereka ada Liga B-23 yang lebih besar dan mewah. Ini untuk menjamin setiap pasukan ada bakat pada peringkat umur 18 hingga 23 yang bersaing sepanjang musim.
Namun di Sepanyol skuad simpanan ataupun pasukan B ini termasuk sekali dalam struktur piramid bola sepak perdana mereka.
Untuk pasukan yang memiliki pasukan B yang layak bermain di divisyen 2 di Sepanyol, ia dianggap kejayaan sistem pembangunan bakat mereka.
Ini kerana bukan mudah bakat-bakat muda ini bersaing sehingga ke tahap divisyen 2.
Antara pasukan B yang bersaing dalam divisyen 2 Sepanyol ialah seperti Barcelona B dan Real Madrid Castilla.
Pemain-pemain muda ini dapat untuk belajar sambil berjuang untuk promosi. Ini pada masa yang sama dapat menyediakan pengalaman yang mirip dengan suasana pasukan utama.
Pasukan B juga tidak boleh beraksi dalam liga tertinggi. Mereka hanya layak beraksi dalam divisyen 2 dan kebawah walaupun mereka menjuarai divisyen 2 sekalipun.
Pada musim 1951/52, Pasukan B Valencia telah menjuarai divisyen 2 tetapi mereka dinafikan hak untuk bermain di La Liga.
Baru-baru ini, Barcelona B mendapat tempat ketiga dalam Segunda Division musim 2010/11 tetapi tidak boleh dipromosi atau dinaikkan pangkat ke ke liga utama kerana sebab yang sama.
Walaupun ini memberikan laluan kepada pasukan lain yang berada bawah peluang untuk naik pangkat, ia juga tetap menimbulkan kemarahan segelintir pihak.
Ini kerana pasukan B ini tetap memenangi hadiah seperti wang tunai. Kesannya pasukan yang nak naik La Liga pula tidak ada lebih dana tambahan. Pasukan B yang besar seperti Barcelona B dan Castilla memang dah ada dana yang stabil.
Pada 1956, pasukan Barcelona B pernah memenangi slot promosi ke liga utama. Apa yang berlaku mereka menukar nama Barcelona B kepada CD Condal.
Barcelona kemudian menubuhkan satu lagi pasukan B yang baru dan diberikan nama Atletic Catalunya pada 1957.
Pada 1970, Atletic Catalunya ditukarkan nama kepada Barcelona B.
Malaga CF yang ada pada hari ini telah dibentuk dengan menggabungkan pasukan utama dan pasukan B. Malaga sebelum ini kelab ini digelar CD Malaga. Manakala pasukan simpanan mereka dinamakan sebagai Atletico Malagueño.
Pada musim 1959/60 menyaksikan pasukan A dan B mereka bermain dalam divisyen yang sama iaitu dalam divisyen tiga. Ini adalah pertama kali larangan ke atas pasukan A dan B dalam liga yang sama.
Apa yang berlaku pengurusan telah mendaftarkan 2 kelab itu sebagai kelab bebas. Jadi ia telah ‘diceraikan’ daripada organisasi yang sama.
Pada tahun 1992, CD Malaga dibubarkan kerana masalah kewangan. Ini meninggalkan Atletico Malagueno sebagai wakil.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan mengalami masalah kewangan serta dan ahli-ahli kelab mengundi untuk menukar nama Malaga CD kepada Malaga CF pada 1994.
Ia gabungan semula bekas pasukan B mereka, Aletico Malagueno dengan Malaga CD yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasukan bebas.
Konflik
Antara masalah yang berlaku juga adalah sokongan ke atas pasukan B yang sangat rendah dalam musim liga domestik.
Ini sentiasa menjejaskan kutipan hari perlawanan. Bagi kelab kecil divisyen 2, 100 jualan tiket juga penting untuk mereka. Ini kerana statusnya sebagai pasukan simpanan.
Hanya ada 1 pertandingan
Berbeza dengan liga belia di England yang ada Piala FA belia serta Piala Liga Belia selain Liga Belia. Di Sepanyol pasukan B ini hanya ada liga sahaja.
Pada awalnya, pasukan B dibenarkan bertanding dalam pertandingan Cup Competition.
Pada tahun 1980, Castilla CF menewaskan 4 pasukan La Liga sepanjang laluan mereka ke final Copa Del Rey. Di final mereka nenentang pasukan utama Real Madrid. Ia dianggap pasukan terkuat pernah dimiliki Castilla.
Real Madrid memenangi 6-1. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang lebih menarik Castilla layak ke slot Piala Pemenang Eropah. Ini kerana Real Madrid sudah layak berdasarkan kedudukan liga.
Castilla seri kelab dengan kelab divisyen 1 Inggeris West Ham United pada pusingan pertama dan mengalahkan mereka 3-1 di Bernabeu.
Pada musim 1990/91 pasukan B tidak dibenarkan untuk bermain dalam Copa Del Rey lagi. Castilla kekal satu satunya pasukan B yang bermain di peringkat Eropah.
Di Jepun pula sistem mereka mirip Sepanyol dari segi struktur liga. Tetapi pasukan B mereka dibenarkan beraksi dalam Piala Maharaja Jepun.
Rumusan
Itulah kisah pasukan B di Sepanyol yang pernah menghasilkan pasukan setaraf pasukan Eropah.
Pasukan utama pastinya menggemari sistem ini kerana pasukan kedua (belia) mereka dibenarkan beraksi dalam sistem liga utama.
Ia juga membuatkan mereka lebih gigih membentuk pasukan yang keep kompetitif, bukan lagi sekadar membentuk pasukan muda.
Baca juga: Abdul Halim Shaari Hadapi Kecederaan ACL, Terlepas Baki Keseluruhan Aksi 2017