Segalanya berubah apabila selepas kelab Yorkshire itu tewas dalam perlawanan play-off EFL Championship musim 2006/06. Leeds kalah kepada Watford dengan keputusan 3-0
Watford beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris musim 2006/07.
Mula karam
Pada awal musim 2006/07 menyaksikan Kevin Blackwell disingkirkan pengurusan kelab. Pemecatan Blackwell itu dibuat pada September 2006 meskipun beliau membimbing Leeds kepada kedudukan terbaik.
Faktor pemecatannya ialah disebabkan kelab itu kalah 5 daripada 8 perlawanan awal liga
Pengganti Blackwell, John Carver pun tidak dapat memberikan keputusan bagus. Carver pula diberhentikan pada Oktober.
Akhirnya, Leeds membawa masuk pengurus Swindon Town pada ketika itu, Dennis Wise. Bagi peminat Chelsea sebelum zaman Roman Abramovich, akan mengenali nama Wise.
Gagal
Wise tidak berjaya membantu kelab untuk kekal dalam kancah EFL Championship musim 2006/07. Leeds mengalami siri kekalahan berterusan setelah kemasukan Wise.
Antara pemain Leeds yang dikendalikan Wise antaranya Casper Ankeregen, Matt Kigallon, Frazier Richardson, Stephen Crainey, David Healy dan Shaun Derry.
Kemuncak kejatuhan Leeds musim tersebut ialah apabila mereka ditolak 10 mata oleh EFL. EFL mengambil keputusan tersebut kerana masalah pentadbiran Leeds yang berpunca daripada kewangan.
Leeds mempunyai kerugian 22 juta Pound Sterling dan hutang sebanyak 35 juta Pound. Mereka hampir untuk ditutup sebelum bekas pengerusi Chelsea, Ken Bates membentuk sebuah syarikat khas untuk menyelamatkan Leeds pada Mei 2007.
Potongan 10 mata itulah yang membawa kejatuhan Leeds ke EFL League One biarpun menang 13 perlawanan, 7 seri serta kalah 26 kali dalam EFL Championship 2006/07. Mereka menduduki tangga ke-24 carta EFL Championship musim itu selepas meraih 36 mata selepas denda pemotongan mata itu.
Musim baru hambar
EFL League One bermula untuk edisi 2007/08 dengan berita memeranjatkan. Leeds bakal bermula musim baru dengan -15 mata disebabkan masalah pentadbiran.
Wise dan anak buahnya berjaya membuat menebus balik mata negatif itu dengan menang 5 perlawanan liga berturut-turut. Namun, Wise memutuskan berhijrah ke Newcastle pada Januari 2008.
Selepas pemergian Wise, ia langsung tidak mematahkan semangat Leeds untuk mengejar sekaligus menduduki slot 6 teratas EFL League One. EFL League One menjanjikan dua slot automatik untuk naik ke EFL Championship.
Tempat ketiga hingga keenam EFL League One akan beraksi dalam pertarungan play-off. Leeds mara ke final play-off tetapi kalah kepada jiran sesama Yorkshire, Doncaster Rovers.
Antara penyumbang utama kejayaan Leeds pada ketika itu ialah Jermain Beckford dan Jonny Howson. Mereka berdua masing-masing telah menyumbangkan 20 dan 5 gol. Tore Andre Flo turut membantu kempen Leeds yang menjadi pada musim itu dengan 3 gol.
Musim 2008/09
Musim 2008/09 menyaksikan Leeds United menduduki zon 6 teratas EFL League One. Mereka menduduki tangga ke-4 carta musim itu tetapi tewas dalam perlawanan separuh akhir play-off kepada Millwall.
Pada musim itu, Leeds membawa masuk Robert Snodgrass dan Luciano Becchio. Jermain Beckford kembali berbisa dengan 27 gol liga.
Sayangnya, Leeds tidak ditakdirkan keluar lagi dari divisyen ketiga itu.
Kembali ke EFL Championship
Setiap bermula akan ada berakhir. Begitulah penderitaan Leeds di divisyen ketiga Inggeris sudah tamat.
Leeds kembali ke EFL Championship selepas menduduki tempat kedua musim 2009/10. Setelah itu, mereka tidak menoleh ke belakang kembali dengan mereka mengekalkan status kelab EFL Championship.
Kini, Leeds sedang dalam cabaran mendapatkan tiket kembali ke Liga Perdana Inggeris? Adakah gergasi sedang tidur ini akan kembali semula?