Kisah Larian Forest Gump Dan Survival Pulau Pinang Di Bandaraya.

Hari terakhir Liga Super musim ini tertumpu kepada usaha 4 pasukan bawahan liga untuk cuba menghidupkan harapan kekal dalam Liga Super setelah aksi hambar sepanjang musim.

Sesiapa sahaja boleh menjadi hero pada malam semalam. Saingan dihidupkan dengan kejayaan PDRM untuk mendahului Sarawak di Kuching.

Di Stadium Bandaraya aksi Pulau Pinang dan Terengganu lebih kepada bermain tanpa arah, asalkan bola dihantar ke kawasan bahaya.

Taktik, organisasi tolak ke tepi. Pada satu ketika ia memang bola sepak berisiko. Di tengah kosong, tidak ada sokongan di antara bahagian.

Di Kuching, Sarawak mengikat PDRM dengan 1-1. Pada ketika ini, hanya Pulau Pinang yang ada harapan untuk layak jika mereka menang.

Namun yang peliknya, kedua-dua pasukan seakan akan tidak cukup keinginan untuk menang dalam perlawanan ini. Ibarat keputusan di Kuching itu tidak memberikan impak kepada mereka. Dalam 60 minit pertama seakan-akan Terengganu dan Pulau Pinang tidak tahu misi mereka wajib menang.

Bentesan banyak dilakukan, pemain banyak leka dan hantarn lintang menjadi subjek utama dalam perlawanan ini.

Nenad Bacina akhirnya mengeluarkan pemain import yang saya rasakan terlebih berat badan. Agak kecewa melihat pertarungan Ranti Martins dengan Bikana yang masing masing terlebih berat badan.

Bacina memasukkan Jafri Chew yang merupakan pemain utama Bernhardt di peringkat bawah-23 tahun. Aksi dia jauh lebih baik dan memberikan gandingan kepada Faizat Ghazli. Faizat tak ubah seperti Forest Gump dalam perlawanan ini.

kredit gambar : FA Penang Official
kredit gambar : FA Penang Official

Larian Forest Gump ni saya sinonimkan dengan larian yang tanpa arah dan deras di akhir plot ada sahaja yang akan berlaku.

Faizat terus berlari,berlari dan berlari namun hasilnya agak lemah. Beberapa kali juga Faizat mendapat peluang tetapi rasa cuak dan gugup. Tapi beliau tidak kisah, dia terus mencuba sekali lagi untuk sentiasa berlari.

Ia juga antara sebab kenapa Nenad Bacina memasukkan Jafri lebih awal kerana melihat potensi larian Forest Gump itu ada potensi mengatasi ruang (space) yang besar diberikan Terengganu.

Hal yang sama berlaku kepada Firdaus Chew yang turut gugup berhadapan dengan pemain terbaik perlawanan tetapi tidak mampu menjadi Man Of The Match kerana kalah, Sharbini Alawee.

kredit gambar : FA Penang Official
kredit gambar : FA Penang Official

Di Kuching, Sarawak mendahului 2-1. Namun ia tidak penting lagi apabila Jafri Chew mendapat bola di sebelah kanan dan berlari menewaskan pertahanan Terengganu yang sudah tercunga-cungap keletihan.

Di sebelah kiri, Faizat meneruskan larian Forest Gump dan akhirnya dia menjaringkan antara gol paling penting dalam sejarah bola sepak Pulau Pinang dalam masa 10 tahun kebelakangan ini.

Terengganu memang bukan mereka yang kita saksikan pada separuh kedua musim lalu. Pemain bermain hilang arah. Tidak ada jalinan dan kesinambungan di dalam gerakan dan hantaran.

Tamat 90 minit, Pulau Pinang diserbu oleh penyokong setia mereka. Terengganu pula mengiringi PDRM ke Liga Premier musim hadapan.

Hari yang agak sedih untuk Terengganu dan ramai juga merasakan Liga Super tak akan sama tanpa skuad yang terkenal dengan gelaran Sang Penyu itu.

Saya tidak akan lupa kisah larian Forest Gump yang menyelamatkan Pulau Pinang itu. Tahniah Pulau Pinang dan Sarawak kerana kekal di Liga Super.

Kerajinan dan komitmen Faizat dalam perlawanan ini melebihi sesiapa sahaja di dalam padang. Dia berhak menjadi penjaring gol kemenangan dan menjadi hero untuk Pulau Pinang.

Selamat tinggal dan selamat berjuang di Liga Premier untuk Terengganu dan PDRM, harap kita dapat berjumpa lagi seboleh-bolehnya musim 2018.

Baca juga : Previu Liga Super: Analisis Dan Panduan Pertarungan 4 Pasukan Untuk Kekal Di Liga Super 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN