Kisah Kurniawan Dwi Yulianto Yang Pernah Bergandingan Dengan Mancini & Platt

Kuniawan Dwi Yulianto ada sebab tersendiri memilh untuk melatih skuad Sabah FC apabila dilantik selaku Ketua Jurulatih pasukan dari Borneo itu pada 2019.

Mengenang kembali ketibaan Kurniawan ke Sabah, bekas pembantu jurulatih kepada Indra Sjafri untuk skuad B-22 Indonesia itu turut mendapat beberapa tawaran dari beberapa kelab di negaranya.

Ia selepas gandingan bersama Indra Sjafri berjaya membawa skuad Garuda Muda ke pentas perlawanan akhir Sukan SEA 2018 di Filipina.

Si Kurus bersama Sampdoria

Tidak ramai yang mengetahui Kurniawan Dwi Yulianto sebenarnya pernah dijemput menyertai Sampdoria pada 1994. Walaupun gagal meyakinkan barisan kejurulatihan Sampdoria untuk mendapatkan kontrak pada ketika itu, ia satu pengalaman yang tidak pernah dilupakan oleh beliau.

Mengenang pengalaman tersebut dalam satu bual bicara di YouTube, Kurniawan terbang ke Itali pada 1993 melalui sebuah program yang diusahakan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Kurniawan Dwi Yulianto menjadi satu-satunya pemain yang berjaya memikat Sampdoria pada tahun berikutnya, dan beliau sempat menyertai latihan pra musim kelab Itali itu ke Asia.

Sampdoria pada ketika itu berada di bawah kendalian pengendali dari Sweden, Sven-Göran Eriksson .Jodohnya Kurniawan bersama Sampdoria bagaimanapun tidak berpanjangan.

Kurniawan Dwi Yulianto dialu-alukan Sven-Göran Eriksson, pengendali Sampdoria pada ketika itu.

“Ketika pra musim ke Indonesia, nama saya berada di dalam senarai pasukan. Ada juga perlawanan lain diadakan di Thailand, Hong Kong dan China, tetapi saya tidak bermain,” ujar Kurniawan.

Selesai pra musim bersama Sampdoria, Kurniawan kemudiannya dipinang FC Luzern selepas berjaya dalam sesi uji bakat bersama kelab Switzerland itu.

Skuad Sampdoria 1995/96.

Tempoh pemain yang terkenal dengan jolokan nama “Si Kurus” itu bersama FC Luzern juga tidak kekal lama. Selama semusim sekitar 1995 sehingga 1996, Kurniawan bagaimanapun sempat melakukan 12 penampilan dan menjaringkan tiga gol untuk kelabnya itu.

“Pada 1995-1996, saya kembali ke Indonesia karena waktu itu, kuota pemain asing di FC Luzern diisi oleh pemain Bulgaria,” jelasnya.

Pengalaman bersama Mancini dan Gullit

Ada sebab Kurniawan tidak akan melupakan pengalaman berlatih bersama Sampdoria walaupun hanya seketika sahaja. Menjalani latihan pra musim bersama kelab ternama Itali itu membenarkan Kurniawan berlatih bersama nama-nama besar di dalam dunia bola sepak pada era itu seperti Roberto Mancini dan Ruud Gullit.

Mancini seperti yang kita semua ketahui pada hari ini berjaya membawa Itali bergelar juara Euro 2020. Di bawah bekas pengendali Manchester City itu, Itali dianggap berjaya bangkit dari zaman kegelapan setelah gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia. Untuk rekod, ini adalah kali kedua Itali berjaya bergelar juara Eropah setelah kali teakhir melakukannya pada 1968.

“Saya sempat berlatih bersama Mancini, David Platt, Ruud Gullit, Attilio Lombardo, dan lain-lain. Berpeluang mengikuti latihan saja saya sudah bersyukur. Dari situ saya mulai memantapkan diri [sebagai pemain]. Ini kesempatan yang jarang terjadi. Saya tak mau menyia-nyiakan,” tambah Kurniawan.

“Saya juga tidak pernah menyangka dijemput untuk mengikuti pramusim oleh Sampdoria. Terus terang, saya tidak menduganya. Saya ikut latihan bersama mereka saja sudah menjadi pengalaman luar biasa.

Kariernya sebagai pemain bermula di kelab yang berpengkalan di Switzerland, FC Luzern sebelum kembali ke Indonesia setahun kemudian untuk bersama kelab Pelita Bakrie (Madura United).

Penutup

Dianggap antara pemain terbaik pernah dilahirkan Indonesia pada generasinya, Kurniawan turut pernah menyarung jersi beberapa pasukan lain termasuk Sarawak pada musim 2005 dan 2006.

Cepat membiasakan diri bersama Sabah FC, jurulatih yang genap berusia 45 tahun pada hari ini hanya mempunyai satu objekif pada hari ini, iaitu untuk menjadikan Sabah FC kembali menjadi pasukan digeruni di Liga Malaysia.

Baca artikel lain berkaitan Liga Malaysia melalui pautan:

Melaka United Jadi Tempat Gary Steven Robbat Buktikan Kemampuan Sebenar

Zubir Azmi Tak Jadi Bersara, Kembali Ke Kancah Liga Malaysia Bersama Kelantan

Apa Nasib Careca & Leandro Yang Pernah Minta Dilepaskan Perak?

Leave a Reply