Kisah Kelantan Malukan JDT Yang Menjadi Titik Tolak Kebangkitan Sebuah Empayar

Ini kisah dua pasukan yang pernah menjadi dua seteru di Liga Malaysia. Ia juga mengenai satu perlawanan yang seolah olah menjadi detik penentu arah perjalanan masing-masing.

Tanggal 5 Oktober 2013 , Kelantan melayan kunjungan Skuad Harimau Selatan untuk aksi timbal balik Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013.

Pada aksi terdahulu JDT menewaskan Kelantan 4-2 di Stadium Larkin.

Beraksi tanpa penjaga gol utama iaitu Al-Hafiz Hamzah, JDT menurunkan Zulfadli sebagai sandaran utama untuk mengekang jentera serangan The Red Warriors.

NorFarhan atau lebih dikenali sebagai Ben 10 meledak gol pembakar semangat buat skuad Bojan Hodak apabila melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti unuk gol pendahuluan dalam perlawanan ini.

Badhri Radzi yang merupakan kapten pasukan Kelantan menambah gol kedua pada minit ke-32 untuk menjadikan agregat 4-4 .

Penyerang JDT , Safee Sali berjaya menghangatkan kembali perlawanan apabila berjaya menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-42 perlawanan.

Namun itu tidak mematahkan semangat pasukan The Red Warriors yang hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan sebelum tamat separuh masa pertama hasil jaringan Obina Nwaneri.

Selepas aksi separuh masa kedua baru bersambung semula ,Dickson Nwakaeme yang tidak dikawal terus menceriakan penyokong Kelantan yang hadir apabila menyudahkan hantaran Indra Putra untuk mengamatkan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kemasukkan Penyerang import JDT, Lionel Nunez tidak memberi banyak impak kepada serangan Harimau Selatan yang ketika itu yang terdesak mencari gol.

Nor Farhan terus membuktikan kehebatan apabila meledak jaringan selepas berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti untuk mrnjaringkan gol ke-5 Kelantan .

Indra Putra melenyapkan terus sisa-sisa perjuangan Harimau Selatan apabila memanfaatkan peluang terhidang bola dari Dikson untuk gol keenam sekaligus membantu Kelantan mara ke Separuh akhir Piala Malaysia 2013.

Kelantan membelasah JDT 6-1 dalam perlawanan tersebut untuk mara dengan agregat 8-5. Ia adalah kekalahan terbesar JDT sejak era revolusi 2013.

Bagi Kelantan, ia mungkin satu lagi kemenangan besar yang pernah mereka raih dalam sejarah saingan domestik.

Tetapi bagi JDT, ia ibarat titik tolak dan juga permulaan hebat yang mereka capai pada hari ini.

JDT mungkin tewas besar dalam perlawanan ini. Namun ia tidak menghalang mereka untuk muncul juara Piala Malaysia pada 2017 dan 2019 dan enam kali juara Liga Super secara berturut-turut selepas itu – selain Piala AFC pada 2015.

2013 juga adalah musim terakhir Kelantan gagah di Liga Malaysia, merangkul kejuaraan Piala Sumbangsih dan Piala FA selain naib juara Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Harus diingat musim sebelumnya, Kelantan juga merupakan juara Liga Super dan Piala Malaysia. Kemudian entah di mana silapnya, langkah Kelantan selepas itu ibarat terhenti tersekat di lumpur yang dalam

Ini kisah satu perlawanan. Kisah dua pasukan yang mempunyai perjalanan dan cerita berbeza pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN