Mengenang Kisah Kegemilangan Dan Kejatuhan Leeds United

Pada tahun 2001, Leeds United pernah mara sehingga ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Namun pada hari ini sudah lama kita tidak mendengar khabar mereka.

Yang ada hanyalah luahan dan harapan, “Aku harap Leeds United bangkit.”

Betapa rindunya kita di Malaysia dengan Leeds United. Lebih-lebih lagi kisah heroik mereka telah menjadi penghias dada akhbar dan tatapan kita hampir 2 dekad yang lalu.

leedsreal

Seorang peminat tegar Leeds United, Richard Benson berkata:

“Anda tidak perlu takut untuk berjenaka tentang Leeds di hadapan kami (penyokong Leeds), kerana kami turut akan ketawa dengan anda.”

“Ya, kita tahu Manchester United ada Theatre of Dreams. Kami (Leeds) pun ada … Comedy Playhouse itu (sambil menunjuk ke arah stadium).”

“Leeds United telah menjadi pucnhline  kepada dunia bola sepak sejak sedekad setengah sejak Peter Ridsdale membawa kami “merealisasikan impian (nada sarkasttik).”

Dalam satu penulisan 613 muka surat berjudul “Doing A Leeds”, ia merujuk kepada bagaimana anda boleh lingkup sekelip mata dalam pengurusan kelab yang berpotensi besar.

Sejarah, Don Revie dan Dirty Leeds

Leeds United ditubuhkan pada 1919, selepas FA Inggeris mengharamkan Leeds City (kelab lama Leeds) daripada menyertai liga. Ini kerana mereka terlibat dalam skandal melibatkan pembayaran gaji pemain pada musim 1919/20.

Kelab ini terus meningkat naik. Pada 1961, Don Revie dilantik sebagai pengurus pasukan. Ia dianggap sebagai era emas Leeds United.

Revie terkenal dengan sikapnya yang tegas dengan pemain. Beliau juga memiliki kecenderungan untuk membangunkan pemain muda yang bercita-cita besar.

Revie selalu menjerit kepada pemain di pintu terowong,  “Keep Fighting”. Revie tidak suka pemain yang lembik dan mengalah. Beliau kerap memberikan arahan untuk bermain agresif.

Maka wujudlah istilah Dirty Leeds atau Leeds Kotor yang merupakan propaganda daripada media pro-Manchester United untuk mewujudkan perang psikologi ke atas Leeds ketika itu.

Leeds bermain dengan lasak dan bertenaga sepanjang perlawanan. Revie memperdulikan siulan itu kerana baginya bola sepak adalah sukan lelaki.

Selepas era Revie, Leeds berada di bawah kendalian Brian Clough. Agak mengejutkan apabila Clough dengan terbuka mengkritik bola sepak cara Revie.

Beliau seakan-akan bersetuju dengan stereotaip Dirty Leeds. Clough gagal keluar dari bayangan Revie dan pasukan Leeds beraksi teruk di bawah beliau. Selepas 44 hari, Clough dipecat.

Era Wilkinson

Kemudian prestasi Leeds turun naik. Sehinggalah pada 1992, Howard Wilkinson membawa Leeds kembali ke atas, dan memenangi Liga Championship.

Pasukan yang dibarisi lagenda Eric Cantona, Gordon Strachan dan David Batty. Namun penyokong Leeds mulai resah dengan khabar angin yang menyatakan Cantona akan ke Manchester United.

caontona1

Mereka bersorak dan meyanyi bait-bait lagu yang mahukan Cantona kekal di Elland Road. Namun Cantona tetap ke United.

Kelab ini berhadapan dengan krisis prestasi sekali lagi dan Wilkinson akhirnya dipecat. Leeds bergelut untuk bersaing.

Era Gemilang O’Leary

Pada 1997, Leeds mengumumkan pengurus muda David O’Leary selepas George Graham menolak tawaran daripada mereka.

O’Leary mengembalikan cara Leeds bermain bola sepak seperti era Revie iaitu dengan memberikan motivasi kepada pemain muda untuk tidak kecut di dalam padang.

Mereka mula mempromosi pelatih akademi seperti Alan Smith, Jonathan Woodgate dan Harry Kewell ke skuad utama. Leeds meningkat mendadak.

keane

Mereka turut menjadi pencabar kejuaraan EPL dan mara ke separuh akhir Piala UEFA (Europa League) pada tahun 2000. Berlaku tragedi yang menyebabkan 2 penyokong mereka meninggal dunia selepas bertempur penyokong Galatasaray.

Pada 2001, Leeds lebih gah dengan kejayaan bermain dalam UCL dan mara sehingga ke separuh akhir pada tahun tersebut. Tidak lupa juga kejayaan Lee Bowyer meledak 6 gol di UCL.

led11

Di bawah kendalian O’Leary dari 1997-2001, Leeds tidak pernah menamatkan EPL di luar kelompok 6 teratas.

Risdale Dan Beban Hutang Leeds

Dalam pada O’Leary bersiap sedia untuk menghasilkan pasukan yang lebih matang, beliau akhirnya diganggu oleh Peter Risdale yang mendesak O’Leary menjual Rio Ferdinand ke Manchester United dengan nilai £30 juta.

Risdale rupa-rupanya telah meminjam wang yang banyak sekurang-kurangnya £60 juta daripada sebuah firma kewangan selepas yakin mereka akan mendapat keuntungan berlipat ganda daripada penyiaran.

Ini kerana Leeds United sudah layak ke UCL. Namun malangnya Leeds gagal mara untuk musim 2001/02 dan mereka ada tanggungan hutang yang banyak.

Rio Ferdinand sendiri mengakui terkejut dengan tindakan kelab yang menjual beliau ke Manchester United sedangkan O’Leary berkeras mahu beliau kekal. Ferdinand turut mahu kekal di Leeds.

ferd

Selepas hubungan Risdale dan O’Leary retak, O’Leary dipecat dan digantikan dengan Terry Venables. Di bawah kendalian Venables, Leeds beraksi sangat teruk.

Pada tahun 2003, Leeds United AFC dilaporkan mengalami kerugian terbesar dalam bola sepak Inggeris  dengan defisit £49.5 juta. Pada tahun sebelumnya mereka sudah rugi £34 juta.

Pengerusi kelab, Peter Ridsdale, meletak jawatan. Pengurus baru silih berganti. Lebih sadis, pihak kelab terpaksa memujuk pemain yang bergaji besar untuk keluar dari Leeds dan membantu mereka mencari kelab baru.

Maka ramailah pemain mereka berpindah ke kelab lain dengan harga yang sangat murah.

Dilaporkan, kereta syarikat yang diberikan kepda kakitangan, jet peribadi (kontrak sewa) bernilai £20 juta sebulan telah ditarik.

Ia menunjukkan betapa borosnya Risdale dalam pengurusan dan membazir untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ia lebih kepada memewahkan diri dan staf-staf kesayangan beliau kerana hanya 1/3 yang diberikan kemudahan itu.

Selamat Tinggal EPL

Sebuah konsortium milik ahli perniagaan Yorkshire mengambil alih hak pemilikan kelab. Namun mereka dibebani dengan penyusunan semula pembayaran hutang yang tinggi.

Lebih sadis, stadium popular mereka Elland Road dan pusat latihan turut dipajak gadai.

“Kami tidak terkenal lagi,” sorak penyokong, dan pada Mei 2004 ketika kekalahan 4-1 di Bolton yang menjadi detik terakhir mereka berada di EPL sebelum tersingkir ke zon penyingkiran.

milner-okocha
Milner vs Jay Jay Okocha

Ia selepas mereka berada di tangga ke-19 EPL. Pada musim sebelum itu mereka di tangga ke-15.

Mereka berhadapan dengan krisis kewangan yang teruk dan pernah tersingkir ke divisyen ke-3 bola sepak Inggeris pada 2006/07-2009/10 sebelum kembali semula ke Liga Championship (divisyen 2) pada 2010/11.

Iktibar Dari Kejatuhan

Itulah kisah Leeds United yang dihancurkan oleh Peter Risdale yang gagal dalam pengurusan kewangan dan terlalu emosi dalam meletakkan sasaran selepas menikmati kejayaan luar biasa.

Tindakan Risdale menyusahkan O’Leary untuk menyediakan pasukan yang stabil. Kita tahu, Leeds adalah pasukan yang dibarisi pemain-pemain muda yang penuh kesungguhan.

Dan kita tahu, Leeds bukanlah kelab gergasi, namun kita merasakan mereka patut mendapat sesuatu yang lebih baik pada ketika itu. Bukannya dihancurkan oleh diri mereka sendiri dari dalam.

Kejayaan mereka terlalu singkat untuk dinikmati berdasarkan potensi dan kualiti pemain yang mereka miliki dan lahirkan.

Anda mungkin masih ingat akan nama nama seperti :

Nigel Martyn, Olivier Dacourt, Lucas Radebe, Jonathan Woodgate, Robbie Keane, Michael Bridges, Mark Viduka, Harry Kewell, Lee Bowyer, Paul Robinson, Alan Smith, Dominic Matteo, David Batty, Alan Maybury, Rio Ferdinand, James Milner, Scott Carson, Aaron Lennon, Kilgallon, Nick Barmby, Robbie Fowler, Lamine Sakho, Danny Mills, Jimmy Floyd Hasselbaink dan ramai lagi yang pernah menyarung jersi The Famous Leeds itu.

Ramai yang masih merindui ‘dirty’ Leeds United.

Baca juga : Mengapa Penyokong Leeds United Mengamuk Terhadap Pemilik Kelab Mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN