Anderson Dedah Kisah ‘Kecut Perut’ Beliau Ambil Penalti Ketika Final UCL 2008

Anderson mungkin antara beberapa pemain Manchester United yang gagal menjadi bintang, tetapi beliau tetap dikenang dalam sejarah kelab tersebut.

Beliau merupakan antara pemain yang menjadi sandaran kelab tersebut ketika penentuan sepakan penalti ketika perlawanan akhir UEFA Champions League 2008 menentang Chelsea.

Namun bagi Anderson, ia bukannya satu perkara mudah untuk beliau mengambil sepakan dari jarak 12 meter itu.

Baru-baru ini beliau telah mendedahkan kisah bagaimana ‘kecut perut’ beliau ketika hendak mengambil sepakan itu.

Anderson ketika itu masuk sebagai pemain gantian pada masa tambahan menjadi pemain Manchester United yang tidak menyentuh bola langsung hinggalah sepakan penalti beliau tersebut.

“Masa itu, saya tak menyentuh bola lagi pun dan tiba-tiba Giggs suruh saya ambil sepakan penalti.”

“Saya pada masa itu berkata, ‘alamak!’ Dan langkah saya ke titik sepakan penalti itu adalah titik paling panjang dalam hidup saya.”

Seramnya Anderson hendak mengambil sepakan penalti semakin membuak-buak apabila beliau melihat susuk tubuh Petr Cech yang besar.

“Mustahil saya tak gementar. Seram sejuk saya dibuatnya, sejarah kelab dan harapan peminat berada bersama saya!”

“Saya dapatkan bola dan saya lihat penjaga gol sebesar Petr Cech. Dalam hati saya, ‘celaka habislah aku!.”

“Masa itu saya cuma fikir nak sepak bola itu sekuatnya sambil mata ditutup dan berdoa agar bola itu masuk ke dalam jaring.”

Mujur buat Anderson, bola itu berjaya menerjah jaring menewaskan Cech ia membantu Manchester United menewaskan Chelsea untuk menjulang kejuaraan Eropah.

Anderson bermain untuk kelab England tersebut selama 8 tahun sebelum pergi meninggalkan kelab itu pada 2015.

Sumber:

  1. Goal (2017): ‘I thought I was f*****’ – Anderson recalled 2008 Champions League final penalty nerves for Man Utd; http://www.goal.com/en/news/8/main/2017/06/27/36665312/i-thought-i-was-f-anderson-recalls-2008-champions-league

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN