Giorgio Chiellini pasti bangga kerana berjaya memimpin Itali menjulang kejuaraan Euro buat kali pertama sejak 53 tahun yang lalu.
Itali bangkit dari ketinggalan oleh gol awal Luke Shaw melalui jaringan Leonardo Bonucci pada babak kedua perlawanan sebelum mengheret perlawanan ke masa tambahan, dan penamat dramatik melalui penentuan sepakan penalti.
England jelas adalah pilihan sebelum sepak mula kerana beraksi di tempat sendiri. Bagi Chiellini dan rakan-rakan, ia adalah mengenai maruah bola sepak Itali yang menjadi pertaruhan selepas gagal meraih sebarang kejuaraan antarabangsa sejak Piala Dunia 2006.
It's our time again. 🏆#VivoAzzurro #EURO2020 #ITA #ITAENG pic.twitter.com/YKV7tiBXWP
— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) July 11, 2021
Kegagalan layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia dianggap sebagai kemuncak zaman gelap bola sepak Itali, dan kejayaan di Euro 2020 juga harud dianggap sebagai era baru skuad Azzuri dengan gandingan pemain baharu dan berpengalaman.
Chiellini dan Itali rasmi Wembley
Perlawanan akhir Euro 2020 bukan kali pertama Chiellini memimpin negaranya beraksi di Wembley. Chiellini juga pernah beraksi bersama pasukan negaranya di stadium sama pada 2007. Stadium Wembley pada ketika itu baharu siap dibaikpulih kepada stadium baharu seperti yang kita lihat pada hari ini.
Perlawanan Itali B-21 vs England B-21 adalah perlawanan antarabangsa kompetitif pertama yang diadakan di stadium tersebut sebelum perasmiannya pada 19 Mei 2007.
In 2007, Giorgio Chiellini played in the first official game at Wembley Stadium between Italy and England's U21 teams.
14 years later, he'll step onto the Wembley pitch in the #EURO2020 final where he could face #ENG once again. 👀 pic.twitter.com/dQoCV9AI5O
— Squawka (@Squawka) July 6, 2021
Mulai dibuka kepada orang awam pada 17 Mac, perlawanan yang diadakan pada 24 Mac 2007 itu juga adalah perlawanan pertama yang diadakan di stadium serba canggih dengan tandas terbanyak di dunia (2,618 tandas).
Kehadiran seramai 55,700 direkodkan pada perlawanan tersebut berbanding sekitar 45,000 yang dibenarkan untuk perlawanan akhir Euro 2020 akibat peraturan dan SOP berkenaan pandemik Covid-19.
Sanggup bermandi darah
Dalam perlawanan pada 2007 itu, enam gol dihidangkan kepada penonton yang hadir di Wembley. Bekas bintang AC Milan dan Inter Milan, Giampaolo Pazzini menjaringkan hatrik, termasuk gol pertama perlawanan yang tiba seawal 25 saat – masih kekal rekod gol terpantas di Wembley.
Manakala untuk England, David Bentley, Wayne Routledge dan Matt Derbyshire tampil sebagai penjaring. Antara pemain England yang berada di dalam pasukan dan skuad pada perlawanan itu ialah seperti Anton Ferdinand, Gary Cahill, Leighton Baines, Nigel Reo-Coker, Kieron Richardson dan Gabby Agbonhalor. Joe Hart dan James Milner pula berada di bangku pemain simpanan.
🏟️ @chiellini played for Italy U21 against England U21 in the first official game at the new Wembley in 2007
When he cracked his head open he refused to come off.
Tomorrow he will face England in the Euro final, being the only player from either team who is still active 👏🇮🇹 pic.twitter.com/dbr9SFcnz3
— 433 (@433) July 10, 2021
Skuad Itali pula menyaksikan nama-nama seperti Riccardo Montolivo, Antonio Nocerino dan Giuseppe Rossi. Namun pada hari ini, hanya Chiellini yang masih beraksi dari kalangan pemain kedua-dua pasukan.
Pemain pertahanan Juventus itu sememangnya dikenali sebagai seorang pejuang ketika beraksi di dalam padang. Dalam perlawanan yang diadakan 14 tahun lalu itu, Chiellini mengelami luka yang agak besar di kepala, namun enggan dikeluarkan.
Selepas terkena kasut but pihak lawan pada baba pertama perlawanan, Chiellini yang pada ketika itu masih beraksi bersama Fiorentina terpaksa dibalut di bahagian kepala sebelum segera menyambung aksi.
Penutup
Chiellini akan berusia 37 tahun pada bulan hadapan namun sehingga kini membuktikan dirinya mampu beraksi di tahap tertinggi. Gandingan Chielloni dan Leonardo Bonucci dianggap sebagai antara pertahanan terbaik di Euro 2020.
Skuad Roberto Mancini kini tidak tewas dalam semua 34 perlawanan. Kali terakhir mereka kalah ialah kepada Portugal dalam perlawanan UEFA Nations League pada September 2018.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Analisis & “Insight” Taktikal Final Euro 2020 – “Football’s Going To Rome”
Euro 2020: Mampukah England Lepasi Halangan ‘Tembok Chiellini-Bonucci’